Harian Metro

Rampasan diesel RM919,000

-

Sibu: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sibu merampas 100,000 liter minyak diesel yang dipercayai dimiliki tanpa lesen atau permit sah dianggarka­n bernilai RM919,000 selepas menahan sebuah kapal di perairan Sungai Antu, Batang Igan, pagi kelmarin.

Komander PPM W5 Sarawak, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, penahanan dilakukan jam 11.25 pagi oleh seorang pegawai PPM bersama tiga anggota yang melancarka­n operasi di kawasan terbabit.

“Hasil pemeriksaa­n, pasukan kami menemui minyak diesel yang disimpan dalam tangki kapal itu.

“Dua lelaki tempatan yang berada di dalam kapal terbabit turut ditahan selepas gagal mengemukak­an permit dan surat kebenaran memiliki atau menyimpan minyak dari pihak

Kedua-dua suspek dan barangan rampasan diserahkan kepada pihak KPDHEP Cawangan Sibu, untuk tindakan lanjut”

Shamsol Kassim

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Katanya, kedua-dua suspek didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Kedua-dua suspek dan barangan rampasan diserahkan kepada pihak KPDHEP Cawangan Sibu, untuk tindakan lanjut,” tegasnya.

 ??  ?? PASUKAN PPM Wilayah 5 Sibu menahan sebuah kapal membawa minyak diesel dipercayai tanpa lesen atau permit sah di perairan Sungai Antu, Batang Igan, Sibu.
PASUKAN PPM Wilayah 5 Sibu menahan sebuah kapal membawa minyak diesel dipercayai tanpa lesen atau permit sah di perairan Sungai Antu, Batang Igan, Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia