Harian Metro

Cubaan seludup 1,060 karton rokok gagal

-

Tawau: Tindakan pantas anggota Bot Kilat 38, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mematahkan cubaan menyeludup sebanyak 1,060 karton rokok bernilai RM179,000 di kawasan perairan Ice Box, dekat sini, malam kelmarin.

Timbalan Pengarah Zon Operasi Maritim Malaysia Tawau, Komander Mohd Yusri Hussin, berkata ketika menjalanka­n Op Pluto Timur, pihaknya berjaya mengesan sebuah bot laju pada kedudukan tiga batu nautika dari kawasan Selatan Sungai Tawau, kira-kira jam 11.40 malam.

Bagaimanap­un, katanya bot berkenaan memecut laju ke kawasan perairan berhampira­n perkampung­an atas air Ice Box bagi mengelak ditahan pasukan keselamata­n.

“Ketika cuba dipintas, bot terbabit mengalami masalah enjin sebelum terkandas di kawasan perairan berkenaan.

“Pada masa sama kelihatan kelibat dua lelaki terjun ke dalam laut sebelum melarikan diri ke kawasan perkampung­an atas air berhampira­n,” katanya pada sidang media di Pejabat Maritim Malaysia Tawau, di sini, kelmarin.

Jelas Mohd Yusri, pemeriksaa­n awal terhadap bot itu kemudian menmenemui 20 kotak mengandung­i rokok pelbagai jenama yang disyaki cuba diseludup masuk dan dipasarkan di daerah ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia