Harian Metro

Rezeki fasih cakap Korea

Siti Aishah sering menjadi penterjema­h untuk konsert bintang K-Pop di Malaysia

- Oleh Redzuan Muharam redzuan.muharam@hmetro.com.my

Bermula dengan hanya mempelajar­i bahasa Korea di saluran YouTube, siapa sangka Siti

Aishah Noor Azham kini fasih bertutur hingga diberi kepercayaa­n menjadi perterjema­h bagi menjayakan konsert bintang K-Pop terkemuka, antaranya kumpulan kesayangan ramai iaitu Blackpink.

Kisah Siti Aishah atau lebih mesra dengan panggilan Shah itu mendapat perhatian warganet selepas gadis berusia 23 tahun itu berkongsi pengalaman­nya berhijrah ke Korea Selatan pada Februari 2017 sebelum pulang semula ke tanah air pada April lalu. Perkongsia­n berkenaan

kesihatan.‘ mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya kagum dengan kesungguha­n dan semangat Shah untuk bangkit selepas kecundang dalam akademik di sekolah disebabkan masalah

Menceritak­an latar belakangny­a, Shah berkata, selepas tamat persekolah­an, dia memohon untuk menyambung pengajian di universiti, tetapi tidak berjaya sebelum menceburi perniagaan dengan menawarkan perkhidmat­an dalam bidang rekaan grafik.

“Sejal kecil lagi, saya sering diserang migrain dan keadaan itu menyebabka­n saya ketinggala­n dalam pelajaran kerana cuti sakit dan akhirnya memperoleh keputusan kurang memberangs­angkan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Disebabkan gagal menerima tawaran ke universiti, saya gunakan kemahiran dimiliki dengan menawarkan perkhidmat­an rekaan grafik untuk baju-T dan lain-lain lagi tetapi perniagaan itu terhenti di pertengaha­n jalan kerana jumlah tempahan yang kurang memberangs­angkan.

“Sementara menanti peluang lain tiba, saya ambil inisiatif dengan mempelajar­i bahasa Korea di saluran YouTube dan tidak mengikuti kelas ketika itu kerana bayarannya yang mahal.

“Selepas enam bulan, saya ambil keputusan berhijrah ke Korea Selatan berbekalka­n

Sehingga kini, saya masih menerima tawaran sebagai penterjema­h”

Siti Aishah Noor Azham

wang simpanan yang ada iaitu RM700.

“Sepanjang 14 bulan berada di sana (Korea Selatan), saya menyara hidup dengan bekerja di rumah tamu dan memang mencabar kerana tiada pilhan kecuali bertutur dalam bahasa Korea untuk survive (bertahan),” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bercerita lanjut, sebelum kembali menetap di tanah air, dia pernah diitawarka­n menjadi penterjema­h dan pembabitan sulungnya adalah dalam konsert Winner dan iKON pada tahun lalu.

Menurut Shah, tawaran itu diterima selepas seorang rakan mengusulka­n namanya kepada penganjur, tetapi dia tetap perlu melalui proses saringan awal.

Sekembalin­ya ke Malaysia, Shah berehat selama sebulan sebelum bekerja sebagai pereka grafik dan penterjema­h di sebuah syarikat kosmetik Korea Selatan berpangkal­an di Kuala Lumpur.

“Sehingga kini, saya masih menerima tawaran sebagai penterjema­h dan walaupun berpengala­man, saya tetap perlu mengikut syarat ditetapkan penganjur iaitu menghantar resume untuk dinilai sebelum berjaya disenarai pendek.

“Nampak menyeronok­kan, tetapi bukan mudah bekerja dengan orang luar kerana mereka amat teliti dan mementingk­an kesempurna­an, jadi saya perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal.

“Kebiasaann­ya, konsert akan diadakan pada hujung minggu jadi beberapa hari sebelumnya, saya sudah mula bertugas dengan menjadi penterjema­h bagi pengarah jurutera bunyi Korea Selatan dan wakil Malaysia.

“Setakat ini saya tiada masalah ketika melakukan terjemahan, tetapi pernah juga tersalah faham ketika berurusan dengan jurutera bunyi kerana menyangka dia bercakap mengenai teknikal sedangkan mahukan air kerana dahaga.

“Namun, pengalaman ditimba selama ini amat berharga dan tidak sangka diberi kepercayaa­n berurusan dengan artis dan penganjur konsert dari Korea Selatan kerana hakikatnya, saya bukanlah peminat K-Pop walaupun ia menjadi kegilaan sebilangan rakyat Malaysia,” katanya.

 ??  ?? SITI Aishah kini fasih bertutur hingga diberi kepercayaa­n menjadi perterjema­h bagi menjayakan konsert bintang K-Pop.
SITI Aishah kini fasih bertutur hingga diberi kepercayaa­n menjadi perterjema­h bagi menjayakan konsert bintang K-Pop.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia