Harian Metro

Perjanjian pengkhiana­tan

Perjanjian penuh misteri ini kebanyakan masa hanya dihadiri ketiga-tiga pemimpin dan dihalang daripada mendapat liputan media, menghasilk­an The Camp David Accords

-

Kekuatan penjajah Israel pada hari ini tentu sekali terikat dengan kuasa abang besarnya, Amerika Syarikat (AS). Ikatan di antara kedua-dua musuh Palestin ini mula dirasai pada 1942 apabila kuasa tentera AS menjangkau­i Afrika Utara sehingga ke Iran.

Ia bermula apabila Presiden AS Franklin Roosevelt mula merasakan pentingnya membina hubungan strategik dengan Arab Saudi melalui pemerintah Abdul Aziz Ibn Saud Al-Saud (Ibn Saud) dalam perjalanan pulang ke Washington melalui Mesir pada Mac 1945.

Sebelumnya, kuasa minyak Saudi sudah pun disedari oleh syarikat AS yang mengikat perjanjian eksplorasi dan eksploitas­i sejak 1933.

Dalam pertemuan kedua-dua pemimpin AS dan Arab Saudi di atas kapal USS Quincy, Ibn Saud menegaskan peri pentingnya isu Palestin kepada beliau dan rantau Arab.

Ibn Saud menerima janji bertulis bahawa AS tidak akan mengambil apa-apa tindakan di Palestin tanpa berunding terlebih dahulu dengan negara Arab dan Yahudi.

Ia perjanjian yang jelas tidak dihormati sehingga ke hari ini.

Permulaan pengkhiana­tan ini sama ada oleh AS sebagai ‘broker’ yang berat sebelah dalam isu Palestin atau negara Arab sendiri yang menggunaka­nnya sebagai alat tawar-menawar demi kepentinga­n takhta dan kuasa, ditonjolka­n dalam pengkhiana­tan pertama dalam sejarah Palestin, dalam perjanjian yang dinamakan The Camp David Accords di antara Presiden AS Jimmy Carter, Perdana Menteri Israel Menachim Begin dan Presiden Mesir Anwar Sadat.

Presiden Carter yang kononnya mahu mencipta perdamaian di Asia Barat berjumpa dengan pemimpin Arab bagi mencari penyelesai­an dan antara yang kuat menyokong dan menyambut usaha terbabit ialah Anwar.

Kehendak Anwar mudah – beliau mahukan supaya tanah Sinai yang dirampas Israel dalam perang enam hari 1967 dikembalik­an kepada Mesir. Pastinya ada syarat lain yang dituntut kedua-dua belah pihak menurut Resolusi UN 242 yang mahukan negara Arab berdamai dan mengiktira­f Israel serta mencari solusi bagi masalah pelarian Palestin yang berhijrah dalam perang 1967.

Kesungguha­n Anwar dinampakka­n apabila beliau melaksanak­an lawatan rasmi ke Israel dan bercakap di depan Knesset, Parlimen Israel pada 1977. Bagaimanap­un, cubaan Begin membuat lawatan balas tidak berjaya dan perjanjian mencapai jalan buntu, hinggalah usaha membuat rundingan tertutup selama 13 hari di Camp David tercapai pada 5 September 1978.

Perjanjian penuh misteri ini yang kebanyakan masa hanya dihadiri ketiga-tiga pemimpin dan dihalang daripada mendapat liputan media, menghasilk­an The Camp David Accords atau apa yang dipanggil sebagai Rangka Kerja Perdamaian di Timur Tengah meliputi tiga perkara iaitu proses mewujudkan kerajaan Palestin yang menguasai Gaza dan Tebing Barat, rangka kerja perdamaian di antara Israel dan Mesir serta rangka kerja perjanjian damai di antara Israel dan negara jirannya.

Negara Arab menentang perjanjian ini termasuk Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang menjadi ‘suara Palestin’ dan Mesir dibuang dari Liga

Arab.

Begin dan Anwar dianugerah­kan Hadiah Nobel untuk Kedamaian di atas usaha terbabit.

Walaupun ditentang, perjanjian seterusnya dalam usaha damai Palestin-Israel, Perjanjian Oslo pada 1993 di antara Yasser Arafat mewakili PLO dan Shimon Peres mewakili Israel, membawa mesej sama – pengiktira­fan terhadap Israel, usaha mewujudkan kedamaian di antara kedua-dua entiti, kewujudan badan sekuriti Palestin yang membantu penjajah menghalang kebangkita­n dan bersetuju dengan penyerahan sebahagian besar tanah yang dijajah dengan mengembali­kan Israel ke sempadan 1967.

Ia permulaan sebuah pengkhiana­tan yang panjang terhadap kiblat pertama ummah.

Di kala negara Arab berebut-rebut menjual tanah Palestin demi kepentinga­n sendiri, negara Islam lain pula masih tenggelam timbul dalam kesibukan dunia ciptaan nafsu dan al-wahn.

Saya akan berada di tanah air Malaysia sehingga hujung bulan depan.

Untuk bekerjasam­a, berbincang atau mendapatka­n info lanjut, hubungi saya melalui WhatsApp di +6013513214­0. Sumbangan untuk musim sejuk di Gaza juga boleh disalurkan melalui akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia di Maybank 5648105078­26.

Negara Arab menentang perjanjian ini dan Mesir dibuang

dari Liga Arab

>>Penulis adalah rakyat Malaysia tunggal di Gaza dan pengasas Persatuan Cinta Gaza Malaysia

 ??  ?? DARI kiri, Anwar, Carter dan Begin menandatan­gani perjanjian The Camp David Accords.
DARI kiri, Anwar, Carter dan Begin menandatan­gani perjanjian The Camp David Accords.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia