Harian Metro

Tanah kelahiran Hamka

Hamka bukan sekadar ulama tersohor, beliau juga seorang penulis, pendakwah, sejarawan, pemimpin politik dan pejuang nasionalis

- Mohd Fadly Samsudin fadly@hmetro.com.my

Padang dan Bukit Tinggi antara destinasi menarik untuk dilawati di Sumatera Barat. Provinsi berkenaan mempunyai lima juta penduduk. Di situlah berakarnya budaya Minangkaba­u. Masyarakat Minangkaba­u terkenal sebagai golongan yang berpegang teguh kepada ajaran Islam.

Selain itu, mereka berjaya menyatukan sinergi antara Islam dan adat yang mereka amalkan yang turut sarat dengan nilai keislaman.

Memperkata­kan mengenai kedua-dua tempat itu, nama ulama tersohor, Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Buya Hamka pasti akan dikaitkan.

Hamka berasal dari Padang Panjang iaitu kawasan terletak kira-kira satu jam perjalanan dari Bukit Tinggi.

“Hamka bukan sekadar ulama tersohor, beliau juga seorang penulis, pendakwah, sejarawan, pemimpin politik dan pejuang nasionalis.

“Beliau benci dengan fahaman komunisme pada masa itu dan membangkit­kan suara rakyat menentang Presiden Sukarno yang didampingi golongan berkenaan,” kata Mustafa Siraj , 57, menceritak­an kepada wartawan, Mohd Fadly Samsudin pengembara­annya bersama rakan ke sana.

Kami memulakan perjalanan dari Bukit Tinggi ke Nagari Sungai Batang iaitu kampung kelahiran Hamka dengan melalui 44 selekoh tajam serta lereng sempit.

Sepanjang perjalanan, mata kami ‘dijamu’ pemandanga­n kawasan sawah padi, bukit-bukau serta pinggiran Tasik Maninjau yang cantik.

Begitu juga kelihatan tersergam Gunung Merapi dan Singgalang dari kejauhan. Sebaik tiba di Nagari Sungai Batang, kami ke Muzium Kelahiran Buya Hamka.

Di situ, kami melihat barangan peninggala­n Hamka yang dijaga dengan rapi. Antaranya, buku, mesin taip, barangan peribadi, sijil serta anugerah diterimany­a.

Kami juga dapat mendengar taklimat daripada warisnya bercerita mengenai sumbangann­ya sebagai seorang pejuang nasionalis.

Buya Hamka sentiasa memberi kata-kata semangat kepada golongan muda serta penggiat Parti Masyumi.

Beliau dengan beraninya pernah pergi ke hadapan istana Presiden untuk melahirkan tentangan terhadap Presiden dalam isu komunisme.

Akibatnya, beliau dipenjarak­an. Bukunya yang terkenal termasuk Tafsir Al-Azhar, Tenggelamn­ya Kapal Van Der Wijk, Merantau Ke Deli, Di Bawah Lindungan Kaabah, Sejarah Umat Islam dan Tasawuf Moden.

Begitulah hebatnya cendekiawa­n Islam kelahiran Indonesia yang juga terkenal di seluruh Nusantara termasuk Malaysia.

Malah, Tafsir Al-Azhar iaitu tafsir al-Quran setebal 30 jilid dihasilkan ketika beliau di dalam penjara.

Kitab itu dianggap antara karya tafsir al-Quran bermutu dan menjadi khazanah umat Islam sehingga ke hari ini.

Sumbangann­ya mengembang­kan syariat Islam di Nusantara dan dunia Islam memang tidak dapat disangkal.

Sungguhpun tidak setuju dengan sikap Presiden Sukarno, Presiden pertama republik itu berwasiat supaya Hamka dapat menyembahy­angkan nya apabila beliau meninggal dunia.

Hamka bersetuju berbuat demikian. Itulah tanda seorang insan yang pemaaf terhadap orang yang pernah memenjarak­annya.

Kami turut pergi ke Istana Pagarruyun­g di Kabupaten Tanah Datar. Rumah gadang yang besar itu dibina pada abad ke-17.

Bangunan tiga tingkat itu menggunaka­n 26 tan kayu dilengkapi barangan antik budaya dan kerajaan Minangkaba­u pada masa lalu.

Destinasi seterusnya adalah ke Lubang Jepang iaitu terowong bawah tanah dibina pada zaman pendudukan Jepun di Indonesia.

Terowong itu terletak betulbetul di bawah bandar Bukit Tinggi. Ia menjadi tempat logistik tentera Jepun. Di situlah pejabat, stor barang, stor senjata, pusat tahanan dan tempat kediaman mereka.

Menara Jam Gadang terletak di tengah-tengah bandar Bukit Tinggi turut menjadi mercu tanda kota itu.

Menara setinggi 36 meter itu baru siap dibuat pengubahsu­aian dan sangat popular dalam kalangan pelancong.

Sebagai kawasan yang menghadap Lautan Hindi, Padang mempunyai banyak pantai yang cantik seperti Pantai Padang,

Air Manis, Nirwana, Bungus dan Pasir Jambak.

 ??  ?? BERGAMBAR kenangan di Lubang Jepang iaitu terowong bawah tanah yang dibina pada zaman pendudukan Jepun di Indonesia.
BERGAMBAR kenangan di Lubang Jepang iaitu terowong bawah tanah yang dibina pada zaman pendudukan Jepun di Indonesia.
 ??  ?? MUSTAFA (dua dari kiri) bersama rakan yang berpeluang melawat Muzium Buya Hamka.
MUSTAFA (dua dari kiri) bersama rakan yang berpeluang melawat Muzium Buya Hamka.
 ??  ?? ROMBONGAN bergambar kenangan berlatarbe­lakangkan Istana Pagarruyun­g yang dibina menggunaka­n 26 tan kayu di Kabupaten Tanah Datar.
ROMBONGAN bergambar kenangan berlatarbe­lakangkan Istana Pagarruyun­g yang dibina menggunaka­n 26 tan kayu di Kabupaten Tanah Datar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia