Harian Metro

Teliti kedudukan dua akta

-

Kuala Lumpur: Kedudukan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dan Akta Kebebasan Maklumat masih diteliti dan tiada sebarang keputusan dilakukan mengenainy­a.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Mohamed Hanipa Maidin berkata, kerajaan sedang membuat pertimbang­an sama ada perlu menghapus, menambah baik OSA 1972 atau mewujudkan kedua-dua akta secara bersama.

“Kerajaan komited memastikan cadangan penggubala­n Akta Kebebasan Maklumat dilaksanak­an secara holistik dan inklusif.

“Justeru, konsultasi awam akan dilaksanak­an sebaik saja aspek dasar berkaitan akta itu dimuktamad­kan dengan pihak berkepenti­ngan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia