Harian Metro

‘Tiada siapa berani lawan saya’

-

Putrajaya: “Dalam Kabinet walaupun saya sentiasa bersedia nak ‘tumbuk’ sesiapa yang nak lawan dengan saya, tapi tak ada siapa yang berani, ” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, walaupun ada ‘pertengkar­an’ di luar Kabinet, tetapi akhirnya semua bersetuju dalam mencapai keputusan yang dibincangk­an dalam Jemaah Menteri

Beliau berkata, Kabinet berfungsi dengan baik walaupun mempunyai perbezaan pendapat.

“Dalam Kabinet, semua akhirnya bersetuju dengan cara saya. Tugas untuk menggulung selepas semua memberi pendapat dan biasanya penggulung­an saya diterima dan pentadbira­n negara diteruskan secara konsensus,” katanya selepas mempengeru­sikan Jawatankua­sa Nasional Janji Kerajan di Bangunan Perdana Putra di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia