Harian Metro

Rampas mikrofon insiden biasa saja

-

Pontian: “Saya rasa biasa saja,” kata Pengarah Jentera Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Sahruddin Jamal berhubung insiden merampas mikrofon yang tular di media sosial.

Beliau yang terpalit dengan isu berkenaan menafikan kejadian itu, sebaliknya terlebih dahulu meminta izin untuk bercakap ketika terserempa­k dengan Pemuda Barisan Nasional (BN) di sebuah pasar lambak di Pekan Nanas, petang kelmarin.

Menteri Besar Johor itu berkata, beliau tidak marah dengan kumpulan itu sehingga mahu bertindak merampas mikrofon ketika kumpulan itu berceramah.

“Saya rasa biasa saja, saya tidak masam muka, bengang atau mahu merampas mikrofon,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia