Harian Metro

Janji hantar umrah ada elemen rasuah

- Oleh Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

Pontian: “Calon MCA kata kalau menang mahu hantar (warga emas) pergi umrah, bukankah itu ada elemen rasuah,” kata Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin mempersoal­kan tindakan calon Barisan Nasional (BN) yang menjanjika­n tawaran umrah kepada segelintir pengundi sekiranya mereka menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, 16 November ini.

Katanya, bantuan khas daripada kerajaan sepanjang PRK tidak menjadi kesalahan kerana memang tanggungja­wab kerajaan membantu rakyat memerlukan.

Menurutnya, perkara itu tidak perlu dipertikai pihak berkenaan, apatah lagi kerajaan dibentuk perlu bekerja untuk rakyat.

“Bantuan khas kepada nelayan tempatan tiada masalah, kerajaan memang bertanggun­gjawab membantu rakyat sama ada miskin atau sakit.

“Kerajaan mesti bekerja, tidak kira bila masa, di kawasan sini atau tempat lain, bantuan mesti diberikan.

“Apakah kerana adanya PRK kerajaan perlu menghentik­an pemberian bantuan. Ini bukan rasuah,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (PH) di Rambah, di sini semalam.

Terdahulu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendakwa tindakan PH memancing undi dengan menghulurk­an bantuan wang tunai menyalahi undang-undang serta tidak beretika.

Dalam satu kenyataan semalam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berkata, mereka kecewa dengan kelakuan kerajaan yang menyalahgu­nakan sumber kerajaan ketika berkempen sepanjang PRK Tanjung Piai.

Wajah kacukan Cina dan India yang dimiliki calon Gerakan, Wendy Subramania­m, 38, menyebabka­n dia sentiasa menjadi perhatian ketika bersama orang ramai dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

“Mereka kata saya cantik. Saya hanya mampu membalas pujian itu dengan ucapan terima kasih,” katanya ketika ditemui selepas senamrobik di Padang Awam Pontian di sini, semalam.

Kata ibu kepada dua anak itu, dia mungkin bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga campuran kerana ibunya berketurun­an Cina dan bapanya India.

“Jadi inilah hasilnya (anak kacukan), tetapi bagi saya rakyat Malaysia sememangny­a cantik dan jika bersatu, sudah pasti kecantikan itu akan lebih terserlah.

“Pada saya kita jangan bercakap mengenai bangsa, tetapi bercakap mengenai Malaysia dan sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Ditanya mengenai cara menguruska­n diri, selain mengekalka­n kecantikan serta kesihatan, Wendy berkata, setiap hari dia akan minum air masak dalam kuantiti banyak, rehat mencukupi dan bersenam.

Bahkan katanya, dia tidak makan terlalu banyak biarpun sedap.

“Saya tak makan banyak. Makan sekadar cukup. Biarpun

makanan itu sedap tapi jangan makan dengan terlalu banyak,” katanya.

Menurut Wendy dia bertuah kerana ada keluarga yang sentiasa menjadi tulang belakang pada PRK Tanjung Piai.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia