Harian Metro

Wendy nafi pecah undi Cina

-

Pontian: “Tidak benar sama sekali,” kata calon Gerakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Wendy Subramania­m ketika menyangkal dakwaan dia hanya akan memecahkan undi Cina.

Timbalan Setiausaha Agung Gerakan itu berkata, isu itu sering diulang sehingga kini, meskipun dakwaan itu tidak wajar ditunding terhadapny­a.

Katanya, Gerakan menjadi parti kedua membuat pengumuman calon sebelum Barisan Nasional (BN).

“Jadi sebelum kami tahu Datuk Seri Wee Jeck Seng tercalon, Gerakan sudah umum calon untuk PRK dan siapa calonnya.

“Apa yang kami ( Gerakan) mahukan (bertanding PRK), menjadi suara ketiga bagi menyuaraka­n masalah rakyat di Parlimen.

“Saya ulangi sekali lagi saya bukan menjadi punca undi Cina pecah,” katanya ketika ditemui sejurus menyertai aktiviti senamrobik KPOP bersama 30 pengundi di Taman Awam Pontian di sini, semalam.

Mengulas lanjut Wendy berkata, dia menerima maklum balas positif sepanjang berkempen dan akan menemui pengundi seramai yang mungkin.

“Walaupun sedar masa terlalu singkat, saya berazam untuk bertemu semua pengundi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia