Harian Metro

Penganggur tumbuk ibu mandi bogel

-

Kuala Terengganu: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana menumbuk badan ibunya selepas tidak berpuas hati warga emas itu mandi dalam keadaan bogel.

Tertuduh berusia 42 tahun dari Ajil didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa menumbuk belakang badan ibunya berusia 68 tahun dan menggengga­m tangan kiri warga emas itu sehingga kesakitan selepas memarahi ibunya kerana mandi bogel.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Ajil jam 10 malam, 1 November lalu.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan dan Majistret Abdul Hayyi Salim menetapkan 4 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Kuala Berang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia