Harian Metro

Jel 3 bulan ugut tembak anak saudara

-

Kuala Terengganu: Tindakan seorang lelaki mengugut mahu menembak anak saudaranya menggunaka­n senapang angin membawa padah apabila dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohd Azree Abdullah@ Wahab, 35, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mahu mencederak­an mangsa, Borhan Sulaiman, 28, menggunaka­n senapang angin di tepi jalan di Kampung Durian Burung di sini, jam 6.30 petang, 29 Oktober lalu.

 ??  ?? MOHD Azree dijatuhkan hukuman di Mahkamah Majistret, semalam.
MOHD Azree dijatuhkan hukuman di Mahkamah Majistret, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia