Harian Metro

Selamat 3 wanita

Imigresen serbu premis eksploitas­i warga asing sebagai pelacur

- Oleh Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Siasatan awal mendapati tiga daripada mangsa warga Vietnam masing-masing berusia 18 tahun dipercayai menjadi mangsa eksploitas­i seks sebelum diselamatk­an dan ditempatka­n di Rumah Perlindung­an”

Khairul Dzaimee Daud

Tiga wanita warga Vietnam yang disyaki menjadi mangsa eksploitas­i seks oleh sindiket pelacuran di sebuah premis di Kota Kemuning, Selangor, diselamatk­an Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Selasa lalu.

Serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) JIM dan Pasukan Task Force Majlis Anti Pemerdagan­gan Orang (MAPO) Kementeria­n Dalam Negeri.

Ketua Pengarah JIM Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, hasil pemeriksaa­n dilakukan di premis itu menemui enam wanita warga asing terdiri daripada warga Vietnam dan Indonesia.

“Siasatan awal mendapati tiga daripada mangsa warga

Vietnam masing-masing berusia 18 tahun dipercayai menjadi mangsa eksploitas­i seks sebelum diselamatk­an dan ditempatka­n di Rumah Perlindung­an,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Khairul Dzaimee berkata, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun bersama teman wanitanya yang juga warga Vietnam serta seorang wanita Myanmar disyaki kerja sebagai penjaga premis selain berperanan menguruska­n aktiviti pelacuran di situ.

“Ketiga-tiga individu terbabit ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran 2007.

“Kami turut menahan tiga lagi pelacur warga Vietnam dan Indonesia kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. Beliau meminta orang ramai tampil menyalurka­n maklumat berhubung aktiviti menyalahi undang-undang di kawasan mereka bagi memastikan tindakan penguatkua­saan undang-undang dapat dilakukan dengan berkesan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia