Harian Metro

Tinggal balak RM44,800

-

Rompin: Menjalanka­n aktiviti mencuri balak pada sebelah malam hingga awal pagi bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Itu kegiatan dilakukan sindiket mencuri kayu balak di Hutan Simpan Ibam di sini, yang mampu memindahka­n balak dalam masa empat hingga enam jam menggunaka­n jengkaut dan lori.

Namun, kegiatan mereka berjaya dikesan Unit Penguatkua­saan Pejabat Hutan Daerah (PHD) Rompin sekali gus mematahkan cubaan mencuri 21 balak jenis meranti, keruing dan balau bernilai RM44,800 awal bulan lalu.

Pegawai Hutan Daerah Rompin Shairani Mamat berkata, kejayaan itu hasil maklumat orang awam yang curiga melihat pergerakan keluar masuk kenderaan berat ke dalam hutan simpan berkenaan.

“Menyedari kehadiran pihak berkuasa, anggota sindiket berkenaan melarikan diri dan meninggalk­an balak yang sudah sedia untuk dibawa keluar di lokasi kejadian.

“Kita menyita jengkaut dipercayai digunakan sindiket itu untuk membuat jalan tarik dalam hutan dan mengangkat balak,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, semua balak yang dirampas ditempatka­n sementara di Pejabat Renjer Hutan Muadzam Shah, di sini sebelum proses lelongan dilakukan.

Katanya, Hutan Simpan Ibam sememangny­a terkenal dengan pelbagai spesies balak berkualiti tinggi dan sering menjadi tumpuan aktiviti mencuri balak untuk pasaran tempatan dan negeri lain.

Katanya, banyak laluan masuk ke kawasan Hutan Simpan Ibam menjadi antara faktor aktiviti mencuri balak rancak di kawasan berkenaan terutama pada malam hingga awal pagi.

“Kita akan terus melakukan penguatkua­saan di daerah ini terutama membabitka­n beberapa kawasan hutan simpan seperti Hutan Simpan Ibam dan Hutan Simpan Lesong bagi memastikan kegiatan mencuri balak dan hasil hutan lain tidak terus berlaku,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia