Harian Metro

Rampas dadah RM1.76 juta

Polis tahan tujuh individu termasuk seorang wanita warga asing dalam tiga serbuan

- Oleh Ruwaida Md Zain am@hmetro.com.my

Satu sindiket pengedaran dadah dipercayai mula beroperasi sejak awal tahun ini dan menyasarka­n pusat hiburan di sekitar daerah ini ditumpaska­n polis Selangor dalam tiga serbuan di sekitar bandar ini, petang Isnin lalu.

Serbuan yang dijalankan jam 7 malam itu turut menemui bahan dipercayai pil ekstasi serta dadah jenis methamphet­amine dengan nilai dianggarka­n RM1.76 juta.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, polis menahan enam lelaki tempatan termasuk ketua sindiket itu dan seorang wanita warganegar­a Vietnam berusia antara 24 hingga 50 tahun.

Katanya, dalam serbuan pertama, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menahan dua lelaki tempatan termasuk ketua kumpulan sindiket pengedaran di kawasan tempat letak kereta berhadapan hotel di Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang.

“Hasil serbuan, polis merampas beg berisi bungkusan plastik teh Cina mengandung­i satu bungkusan plastik lutsinar mengandung­i dadah methamphet­amine dengan anggaran berat 5.2 kilogram.

“Polis turut menemui beg berisi satu beg plastik hitam mengandung­i empat bungkusan plastik lutsinar berisi 20,000 biji pil ekstasi dengan anggaran berat 8.08 kilogram,” katanya di IPD Klang Selatan di sini, semalam.

Arjunaidi berkata, dalam serbuan kedua di lokasi berhampira­n jam 7.45 malam hari sama, polis menahan lelaki berhampira­n kenderaan Honda CRV di tepi jalan di Pelabuhan Klang Selatan.

Beliau berkata, pemeriksaa­n terhadap kenderaan itu menemui satu beg plastik hitam berisi dua bungkusan plastik lutsinar mengandung­i 10,000 pil ekstasi berwarna biru dan merah jambu seberat 4.04 kilogram di tempat letak kaki penumpang belakang sebelah pemandu.

“Polis turut menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Vietnam dalam serbuan di bilik hotel di Pelabuhan Klang Selatan,”

katanya.

Arjunaidi berkata, polis merampas dua kenderaan, wang tunai serta seutas rantai emas bernilai RM226,671.

Katanya, hasil siasatan mendapati lima daripada tujuh suspek yang ditahan mempunyai pelbagai rekod jenayah dan dadah manakala wanita warga asing itu disyaki mengetahui mengenai kegiatan pengedaran dadah berkenaan.

“Suspek pertama dipercayai ketua sindiket manakala suspek kedua hingga kelima berperanan sebagai pembantu suspek pertama.

“Suspek keenam dan suspek wanita warga Vietnam itu masing-masing rakan serta kekasih kepada suspek pertama,” katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati sindiket itu aktif sejak awal tahun dan bekalan dadah diperolehi daripada sindiket lain di Lembah

Klang sebelum mengedarny­a di pusat hiburan di daerah ini.

Katanya, suspek ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala polis mengenal pasti ahli lain sindiket itu.

Seorang dipercayai

ketua sindiket manakala lima lagi

pembantu

 ??  ?? ARJUNAIDI (tengah) menunjukka­n pil ekstasi yang dirampas dalam tiga serbuan di IPD Daerah Klang Selatan, semalam.
ARJUNAIDI (tengah) menunjukka­n pil ekstasi yang dirampas dalam tiga serbuan di IPD Daerah Klang Selatan, semalam.
 ??  ?? KEADAAN lori yang terjatuh dalam gaung.
KEADAAN lori yang terjatuh dalam gaung.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia