Harian Metro

Taktik tanggal apron menyamar jadi pelanggan tak menjadi

-

Kuala Lumpur: Berpura-pura menjadi pelanggan dan cuba menanggalk­an apron dalam usaha meloloskan diri.

Namun, lakonan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang bekerja di restoran itu tidak menjadi apabila ditahan anggota penguat kuasa dalam operasi bersepadu di sembilan premis perniagaan di Selangor, kelmarin.

Dalam operasi bermula jam 4 petang, seramai 31 Pati ditahan membabitka­n warga Indonesia, Myanmar dan Bangladesh.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, operasi tertumpu di kawasan perniagaan seperti restoran, kedai runcit dan perkhidmat­an mencuci kenderaan di Bukit Jelutong, Shah Alam serta Setia Alam.

“Daripada jumlah itu, paling ramai ditahan adalah Indonesia (27), Bangladesh (1) dan Myanmar (3) berusia 20 hingga 40 tahun.

“Kami turut memeriksa 41 warga asing dipercayai melakukan kesalahan Imigresen,” katanya.

Mohamad Shukri berkata, operasi itu membabitka­n kekuatan 22 pegawai dan anggota.

Katanya, hasil pemeriksaa­n mendapati ada kalangan Pati menyalahgu­nakan Pas Lawatan Sosial (PLS) yang diberikan dengan bekerja.

“Ada memberi alasan terpaksa bekerja kerana tidak mempunyai wang untuk pulang serta kesempitan hidup di negara asal bagi mengelak ditahan.

“Siasatan tertumpu kepada majikan yang menggajika­n Pati dan jika ada bukti, majikan akan dikenakan tindakan undang-undang.

“JIM Selangor menjalanka­n operasi bagi membendung gejala Pati dari semasa ke semasa,” katanya.

Katanya, semua yang ditahan dibawa ke Bahagian Penguat kuasa JIM Selangor untuk siasatan lanjut.

“Mereka direman 14 hari mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 di Depot Imigresen Semenyih,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia