Harian Metro

Dr Mahathir, Dr Siti Hasmah terima ijazah kehormat

-

Kuala Lumpur: “Saya dan isteri berasa amat terharu menjadi penerima ulung anugerah ini,” kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menerima Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif Pembanguna­n Kesenian Kebudayaan, semalam.

Anugerah daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) itu turut diberikan kepada Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali iaitu

Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif Promosi Seni Kreatif.

“Saya diberitahu ini julungg kalinya Ijazah Kedoktoran Seni Kreatif diperkenal­kan di Malaysia oleh Aswara, sebuah institusi pendidikan tinggi seni yang mempunyai prasarana dinamik di Malaysia.

“Saya dan isteri berasa amat terharu menjadi penerima ulung anugerah ini. Penganuger­ahan ini sudah pasti amat bermakna buat kami tetapi yang lebih penting ialah anugerah ini meletakkan seni dan budaya sebagai satu subjek yang perlu mendapat perhatian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas menerima anugerah itu yang disampaika­n Rektor Aswara, Prof Madya Sahar Sa’di Hashim pada Istiadat Konvokesye­n Aswara ke-15 di sini.

FOTO:

 ??  ?? PESERTA bergotong-royong membersihk­an rumah pasangan Ripin dan Ngonit di Kampung Geduhom, Dangi.
PESERTA bergotong-royong membersihk­an rumah pasangan Ripin dan Ngonit di Kampung Geduhom, Dangi.
 ??  ?? DR Mahathir dan Dr Siti Hasmah pada Istiadat Konvokesye­n Aswara ke 15, semalam.
DR Mahathir dan Dr Siti Hasmah pada Istiadat Konvokesye­n Aswara ke 15, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia