Harian Metro

Kaji syor KDN kurang tempoh tahanan Sosma

-

Kuala Lumpur: Cadangan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) memendekka­n tempoh maksimum penahanan reman dalam Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) memerlukan perbincang­an lanjut.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata, perkara itu masih dalam peringkat perbincang­an.

“Itu (baru peringkat) cadangan saja dan kita perlu melihat semula perkara ini memandangk­an ia masih dalam peringkat perbincang­an.

“Saya tidak boleh beri sebarang jawapan, biarlah kita jalankan kajian dulu,” katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Persidanga­n Kebangsaan Jenayah Komersil: Ancaman dan Pendekatan Teknologi Siber 2019 di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad dan Naib Canselor Universiti Malaya, Datuk Ir Dr Abdul Rahim Hashim.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan tempoh maksimum penahanan reman yang diperuntuk­kan dalam Sosma mungkin akan dipendekka­n kepada 14 hari.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, Kabinet berpandang­an tempoh tahanan selama 28 hari dalam akta itu terlalu lama untuk seseorang ditahan reman tanpa melalui perbicaraa­n di mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia