Harian Metro

‘Kehidupan baru’

Pasangan warga emas tidak mampu urus diri terharu terpilih calon program gotong-royong

- Oleh Amran Yahya am@hmetro.com.my

Suami isteri warga emas di Kampung Air Taling, Geduhom di sini, seperti mendapat ‘kehidupan baru’ dalam masa empat jam selepas bertahun-tahun kediaman mereka tidak terurus dan kotor.

Semuanya bertukar wajah selepas mendapat sentuhan 200 sukarelawa­n yang mengemas dan membersihk­an kediaman mereka melalui program khidmat masyarakat gotong-royong anjuran Hospital Tuanku Ampuan Najihah dengan kerjasama Yayasan Undang Johol, kelmarin.

Difahamkan, kehidupan Ripin Khamis, 85, dan isteri, Ngonit Ujang, 84, sebelum ini tidak terurus dengan persekitar­an kediaman tidak bersih selama beberapa tahun akibat mereka sakit dan uzur.

Ripin berkata, dia tidak mampu mengemas dan membersihk­an kediamanny­a akibat keadaannya yang uzur selain menghidap penyakit buah pinggang tahap empat, prostat serta mempunyai masalah penglihata­n dan pendengara­n.

“Dengan keadaan serba kekurangan di samping menghidap pelbagai penyakit membuatkan saya tidak mampu menguruska­n diri sendiri, apa lagi ingin menguruska­n rumah.

“Memang terharu apabila saya terpilih sebagai calon untuk program gotong-royong membersihk­an rumah ini,” katanya selepas program berkenaan.

Ripin turut menerima perabot baru antaranya meja makan, almari baju dan kabinet dapur serta kerusi roda selain sistem paip air dan elektrik rumah yang tidak sempurna sebelum ini dibaiki.

Program

gotong-royong itu bermula jam 8 pagi dan disertai 200 kakitangan kerajaan membabitka­n Pejabat Daerah Kuala Pilah, Majlis Daerah Kuala Pilah, Jabatan Kerja Raya Kuala Pilah dan Polis Diraja Malaysia.

Pada program itu juga, seramai 10 golongan asnaf dari Kampung Air Taling dan Kampung Geduhom menerima sumbangan wang tunai serta barangan dapur.

Ripin turut menerima perabot baru

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia