Harian Metro

Tuduhan tak benar

Pembedahan UAI lewat 2 jam bukan sebab gangguan elektrik

- Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menafikan kenyataan dikeluarka­n satu portal di media sosial berhubung kelewatan pembedahan tangan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang didakwa berpunca kerana masalah elektrik.

Pengarahny­a Dr Mohd Jusoh berkata, laporan dikeluarka­n portal berkenaan Selasa lalu mendakwa penceramah dikenali sebagai UAI itu terlewat menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana masalah elektrik, tidak tepat.

“Bukan kerana masalah terputus bekalan elektrik yang menyebabka­n proses pembedahan ke atas tangan kiri UAI itu ditangguhk­an.

“Kami menerangka­n pembedahan itu akan dijalankan selepas pembedahan elektif (elective surgery) bukan kerana masalah elektrikal atau bekalan elektrik terputus dan kami beranggapa­n berlaku salah faham dalam isu ini.

“Mustahil untuk HSNZ mengalami masalah terputus bekalan elektrik kerana hospital ini mempunyai banyak tenaga sokongan seperti penjana elektrik mencukupi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Klinik Kesihatan Chendering (KKC), semalam.

Beliau berkata, kelewatan itu juga berlaku kerana UAI mengalami kepatahan yang kompleks pada bahagian siku kiri sekali gus memerlukan implan khas dibawa oleh pembekal dari Kuala Lumpur.

“Justeru, waktu pembedahan dijadual jam 2 petang dianjakkan pada jam 4 petang di bawah seliaan Pakar Perunding Ortopedik HSNZ.

“Berikutan laporan portal itu, HSNZ menjalanka­n siasatan dan mendapati memang tiada masalah gangguan bekalan elektrik di Dewan Bedah Ortopedik pada hari berkenaan,” katanya.

Dr Mohd berharap penafian itu dapat menyelesai­kan kekeliruan yang berlaku terhadap laporan dikeluarka­n sebelum ini.

“Pihak kami sebaik mungkin ingin memberikan perkhidmat­an terbaik kepada semua pesakit,” katanya.

Katanya, bekalan elektrik di HSNZ sangat penting kerana banyak peralatan perubatan canggih memerlukan­nya untuk beroperasi dan kebarangka­lian untuk HSNZ mengalami gangguan bekalan seperti didakwa memang tidak logik.

 ??  ?? DR Mohd Jusoh (tiga dari kanan) selepas Majlis Pelancaran Klinik Kesihatan Chendering, di Kampung Kubang Ikan Chendering.
DR Mohd Jusoh (tiga dari kanan) selepas Majlis Pelancaran Klinik Kesihatan Chendering, di Kampung Kubang Ikan Chendering.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia