Harian Metro

UAI makin pulih

-

Kuala Terengganu: “Alhamdulil­lah, UAI (Ustaz Azhar Idrus) semakin pulih, cuma dia ada mengadu mula mengalami rasa sakit kesan pembedahan itu,” kata kenalan rapat penceramah terkenal itu yang hanya mahu dikenali sebagai Man ketika dihubungi di sini, semalam.

Man berkata, UAI semakin sihat, namun tidak mampu bercakap banyak kerana kesan luka pada bibirnya.

“Memang ramai yang menghubung­i kami kerana ingin melawat UAI termasuk beberapa artis terkenal tanah air, namun UAI tidak bersedia untuk menerima tetamu dengan keadaannya ketika ini.

“Mengikut laporan kesihatan UAI yang diberikan pihak hospital, UAI tidak mengalami masalah lain, tekanan darah dan semuanya normal, jadi UAI berkemungk­inan akan dibenarkan keluar tidak lama lagi,” katanya.

Katanya, dia berharap orang ramai tidak mendesak untuk mengunjung­i UAI kerana keadaannya tidak sesuai untuk dilawati.

“UAI tidak boleh banyak bercakap dan jika ada pelawat, kita bimbang jika dia tidak mampu melayan dengan baik.

“Kami sedia maklum pengikut dan penggemar UAI bimbang dengan keadaannya selepas terbabit dalam kemalangan,” katanya.

Man berkata, dia mewakili UAI dan ahli keluarga mengucapka­n terima kasih atas doa dan keprihatin­an terhadap kesihatan penceramah itu termasuk mengadakan solat hajat untuknya.

“Teruskan berdoa untuk UAI supaya cepat sembuh dan dapat memberi kuliah seperti sedia kala.

“Kami yakin ramai pengikut dan peminatnya rindu untuk mendengar ceramah UAI kerana kami juga merasai perkara sama,” katanya.

Keadaan kesihatan Ustaz Azhar Idrus

semakin baik

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia