Harian Metro

‘Adiwira’ alam sekitar

Pelajar tingkatan empat cipta Tbag ganti beg plastik guna baju-T terpakai

- Oleh Nor Amalina Alias am@hmetro.com.my

Hanya bermodalka­n baju-T terpakai, sekumpulan pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamil, di sini, menjadi ‘adiwira’ alam sekitar apabila mencipta ‘Tbag’ menggantik­an beg plastik.

Idea unik itu dizahirkan pelajar, Muhamad Amjad Ismail, Muhammad Alif Asyraf Mazlan, Wan Muhammad Amar Wan Hassan dan Muhammad Hariz Iskandar Muhd Faiz masing-masing berusia 16 tahun dalam pertanding­an menyelamat­kan alam sekitar, Toyota Eco Youth 2019.

Muhammad Amjad yang juga ketua kumpulan berkata, idea itu tercetus apabila melihat penggunaan plastik yang berleluasa terutama ketika membeli-belah.

Katanya, Tbag dibuat seratus peratus menggunaka­n pakaian terpakai yang digunting, diikat menyerupai beg dan senang dibawa ke mana-mana.

“Pada awalnya, kami menyahut cabaran pihak Toyota

menyertai pertanding­an ini, namun dengan kewangan yang terhad dan sekolah luar bandar, kami sepakat menampilka­n projek tidak mengeluark­an kos.

“Lebih menarik, Tbag memaksimum­kan promosi menyelamat­kan alam sekitar melalui dua fungsi iaitu menggantik­an plastik dan menggunaka­n bahan kitar semula,” katanya.

Hadir sama Pengetua SMK Kamil, Mohd Razak Che Yaakob.

Hasil projek itu, kumpulanny­a berjaya dinobatkan enam pasukan terpilih ke saringan akhir daripada 60 pasukan dari sekolah menengah seluruh negara yang bertanding pada 20 hingga 22 Julai lalu di Putrajaya.

Mereka mendapat dana RM2,000 bagi menjayakan projek sebelum ke pusingan akhir pada 13 dan 14 November ini.

Muhammad Amjad berkata, Tbag dihasil menggunaka­n baju terpakai dan siap kurang lima minit untuk diubah menjadi beg sandang atau beg bimbit untuk mengisi barang seperti kegunaan beg plastik.

Katanya, pasukannya turut menjayakan promosi menyelamat alam sekitar dengan memberi pendedahan cara membuat dan menggunaka­n beg mesra alam itu di sekitar pasar raya, sekolah dan penduduk kawasan Pasir Puteh.

“Kami jalankan kaji selidik, promosi di Instagram cara membuat Tbag, pertunjuka­n fesyen, kempen kesedaran dan lebih membanggak­an sejak diperkenal­kan kepada masyarakat kami terima lebih 500 Tbag yang dibuat pelajar sekolah rendah dan menengah.

“Mereka seronok dapat mencipta Tbag sendiri dan menghias beg masing-masing, malah turut dibawa ke sekolah untuk menggantik­an penggunaan beg plastik,” katanya.

Sementara itu, guru penasihat kumpulan itu, Mohamad Shahrilniz­a Mohd Nor berkata, Tbag berfungsi menyelamat­kan alam sekitar kerana bahan baju-T terurai lebih cepat berbanding plastik yang memerlukan puluhan tahun untuk terurai.

“Cara membuatnya juga sangat senang dan jimat kerana hanya perlu cari pakaian terpakai berbanding membeli beg mesra alam sekitar yang dijual RM2 hingga RM6 di pasar raya,” katanya.

 ??  ?? MOHD Razak (empat dari kiri) melihat hasil projek Tbag ciptaan pelajar SMK Kamil, Pasir Puteh.
MOHD Razak (empat dari kiri) melihat hasil projek Tbag ciptaan pelajar SMK Kamil, Pasir Puteh.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia