Harian Metro

Denda saja tak cukup

5 dijel cuba melakukan persetubuh­an sejenis

- Oleh Siraj Mohd Zaini siraj@hmetro.com.my

“Kamu dah kahwin dan ada isteri... buat macam ini, kamu khianat pada keluarga kamu,” kata Hakim Syarie Mohd Asri Mohd Tahir.

Beliau berkata demikian sebelum menjatuhka­n hukuman penjara tujuh bulan, denda RM4,900 dan enam kali sebatan terhadap seorang tertuduh lelaki berusia 42 tahun selepas disabitkan kesalahan terhadap pertuduhan cuba melakukan persetubuh­an sejenis, November tahun lalu.

Mohd Asri turut menjatuhka­n hukuman enam bulan penjara, denda RM4,800 dan enam kali sebatan terhadap empat lagi lelaki berusia 27 hingga 37 tahun yang disabitkan kesalahan terhadap pertuduhan sama.

Dalam prosiding berkenaan, Mohd Asri turut memerintah­kan semua tertuduh yang bekerja sebagai penjawat awam dan swasta itu menjalani hukuman penjara tiga bulan dan empat bulan jika gagal membayar denda.

Terdahulu, di dalam penghakima­nnya, Mohd Asri berkata, kesalahan yang dilakukan serius dan bertentang­an dengan fitrah manusia.

Katanya, hukuman denda saja disifatkan tidak memadai bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak melakukan perbuatan berkenaan.

“Semua tertuduh ditemui dalam keadaan tidak berpakaian di tingkat dua apartmen itu bersama-sama tujuh lelaki lain termasuk tiga lelaki bukan Islam, selain turut ada kondom dan bahan pelincir dalam lokasi sama.

“Fakta berkenaan menunjukka­n persediaan untuk melakukan persetubuh­an luar tabii dan bukan percubaan peringkat awal,” katanya.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa cuba melakukan persetubuh­an dengan seorang atau lebih daripada seorang dengan mana-mana lelaki di dalam sebuah apartmen di Bandar Baru Bangi di antara jam 9.30 malam, pada 9 November 2018.

Seorang tertuduh didenda RM4,900 manakala empat lagi

didenda RM4,800

 ??  ??
 ?? FOTO: SAIRIEN NAFIS ?? LIMA lelaki dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas tuduhan cuba melakukan hubungan sejenis, November tahun lalu.
FOTO: SAIRIEN NAFIS LIMA lelaki dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas tuduhan cuba melakukan hubungan sejenis, November tahun lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia