Harian Metro

Pemotong rumput parah ditetak rakan

-

Nilai: Diajak untuk bekerja memotong rumput, namun ditetak hingga parah di kepala, tangan dan tapak tangan.

Itu nasib dialami seorang lelaki warga Pakistan yang ditetak di dalam sebuah kebun di Jalan Lenggeng, Kampung Sungai Machang Ulu, Lenggeng, dekat sini, jam 1.15 tengah hari, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superinten­dan Mohd Nor

Marzukee Besar berkata, mangsa dipercayai ditetak suspek seorang lelaki warga Pakistan yang juga rakan mangsa ketika memotong rumput di kebun berkenaan akibat salah faham.

“Balai Polis Lenggeng menerima panggilan daripada orang awam memaklumka­n seorang lelaki warga asing mengamuk dan mencederak­an seorang pemotong rumput di lokasi kejadian,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia