Harian Metro

Geng Li Serama tersungkur

-

Temerloh: Selepas hampir dua bulan aktif melakukan samun bersenjata di sekitar daerah ini dan Kuantan, kumpulan penjenayah digelar Geng Li Serama akhirnya tumpas apabila empat lelaki ditahan polis, Sabtu lalu.

Suspek berusia 30 hingga 47 tahun itu ditahan dalam Op Rantau dijalankan anggota Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menahan semua suspek di Triang, Bera dan mereka terdiri daripada seorang warga tempatan manakala selebihnya Indonesia.

Katanya, kumpulan itu turut aktif dalam aktiviti pengedaran dadah dan penahanan mereka membawa penemuan dua kilogram (kg) heroin, 600 gram (g) syabu serta 264 pil kuda yang keseluruha­nnya bernilai RM145,000 di sebuah rumah di Taman Perindustr­ian Seberang Temerloh, di sini.

“Kumpulan ini dianggap berbahaya kerana dalam satu kes samun, suspek mencederak­an seorang mangsa dan mengakibat­kan kerugian RM31,300.

“Polis turut merampas beberapa barangan iaitu parang, kayu, pemotong besi dan dua kenderaan digunakan kumpulan ini ketika melakukan jenayah,” katanya di IPD Temerloh, semalam.

 ??  ?? YUSRI (dua dari kiri) menunjukka­n dadah dan barangan yang dirampas daripada Geng Li Serama.
YUSRI (dua dari kiri) menunjukka­n dadah dan barangan yang dirampas daripada Geng Li Serama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia