Harian Metro

Kelantan dijangka banjir 23 November

-

Tumpat: Kelantan dijangka dilanda banjir bermula 23 hingga 26 November ini berikutan hujan lebat bersama air pasang besar akan berlaku serentak.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, jangkaan itu dikeluarka­n Jabatan Meteorolog­i Malaysia bagi memastikan orang ramai dan pihak berkuasa bersiap sedia menghadapi­nya.

Katanya, polis sentiasa bersiap siaga menghadapi bencana itu apabila menyediaka­n lebih 10 bot untuk membantu mangsa terbabit.

“Pegawai dan anggota kita juga menjalani latihan fizikal dan mental untuk menghadapi musim banjir terutama bagi membantu mangsa dan menjaga keselamata­n.

“Selain itu, kita juga akan memantau bagi mengelak kejadian jenayah ketika mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis

Penutup Kursus Asas Pengendali Bot Enjin Sangkut Peringkat Kontinjen Kelantan Siri 1/2019 di pangkalan Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor, di sini, semalam.

Seramai 49 anggota polis menyertai kursus diadakan selama sembilan hari itu dan diberi sijil untuk mengendali­kan bot.

Mengulas lanjut, Hasanuddin berkata, dua balai di Tumpat dijangka ditenggela­mi iaitu Kuala Jambu dan Simpangan.

 ??  ?? HASANUDDIN
HASANUDDIN
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia