Harian Metro

Tak pilih bulu

Unit khas bawa 16 anggota kastam terbabit sindiket seludup rokok ke muka pengadilan

- Mohd Firdaus Ibrahim am@hmetro.com.my

Sejak ditubuhkan, seramai 16 anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) disiasat Pasukan Khas Siasatan Dalaman kerana bersekongk­ol dengan sindiket penyeludup­an rokok dan minuman keras.

Perkara itu didedahkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkua­saan dan Pematuhan), Datuk Azimah Abd Hamid yang berkata, pasukan khas itu tidak memilih bulu dalam menjalanka­n amanah diberikan sebaliknya sentiasa memantau anggota dan pegawai agensi penguatkua­saan itu.

“Unit ini (USD) memang komited melaksanak­an tanggungja­wab diberikan. Buktinya, 16 anggota JKDM disiasat, empat daripada mereka sudah didakwa, lima dikenakan tindakan tatatertib manakala bakinya (tujuh) masih dalam siasatan,” katanya dalam temu bual khas bersama Harian Metro menerangka­n kejayaan dicapai pasukan khas itu selepas sembilan bulan ditubuhkan.

Menurutnya, pasukan khas itu tidak hanya menumpukan kepada kesalahan berkaitan integriti dalam jabatan, sebaliknya terbabit secara langsung dalam operasi risikan dan serbuan.

“Banyak kejayaan diperoleh jabatan sebenarnya dijayakan pasukan khas ini hasil maklumat risikan (dilakukan) bersama Cawangan Risikan JKDM dan agensi lain seperti Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Walaupun baru ditubuhkan, jumlah barang rampasan (rokok dan minuman keras) bernilai RM17.3 juta tidak termasuk cukai RM97.75 juta,” katanya.

Memperinci­kan kejayaan itu, Azimah berkata, antara operasi yang dikelolaka­n pasukan khas itu seperti Op Jaring, Op Tampal, Op Jeti, selain sitaan tujuh kontena secara berasingan di Pelabuhan Klang serta Pelabuhan Sepanggar, Sabah.

“Op Jaring yang dijalankan di seluruh negara bertujuan menyekat penyeludup­an minuman keras berjaya merampas (barangan) bernilai RM11.4 juta membabitka­n nilai cukai sebanyak RM54.9 juta.

“Op Tampal pula, operasi ini menumpukan penyeludup­an rokok menggunaka­n setem cukai palsu. Pasukan khas itu berjaya merampas rokok (seludup) bernilai RM2.2 juta membabitka­n cukai RM14.6 juta. Tiga individu juga sudah didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan berkenaan manakala dua lagi masih dalam proses pendakwaan.

“Pasukan khas juga berjaya merampas tujuh kontena. Dua di Pelabuhan Klang yang mana sindiket cuba menyeludup rokok bernilai RM2.06 juta, nilai cukai pula RM14 juta. Lima lagi kontena dirampas di Pelabuhan Sepanggar membabitka­n penyeludup­an minuman keras dan tayar bernilai RM752,945 membabitka­n cukai RM693,030,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Azimah berkata, pasukan khas itu kini membuat permohonan bagi membatalka­n lesen kepada ejen kastam milik sebuah syarikat.

Tambahnya, pasukan khas terdiri daripada 27 pegawai itu turut bertungkus-lumus mengembali­kan hasil negara yang hilang dengan memerangi kegiatan penyeludup­an selain memantau isu integriti dalam jabatan.

‘ Banyak kejayaan diperoleh jabatan sebenarnya dijayakan pasukan khas berkenaan”

Azimah Abd Hamid

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia