Harian Metro

Tiga ditahan aktif pecah rumah

-

Petaling Jaya: Tiga lelaki yang dipercayai terbabit kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar daerah ini ditahan di Damansara, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, suspek berusia antara 26 hingga 40 tahun itu ditahan anggotanya ketika melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan pada kira-kira jam 1 pagi.

“Sepasukan polis terserempa­k sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora di kawasan berkenaan dalam keadaan mencurigak­an.

“Hasil pemeriksaa­n terhadap MPV itu, polis menemui pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam. Mohd Zani berkata, antara peralatan ditemui adalah ‘allen key dan spanar yang diubah suai.

“Semakan mendapati seorang daripada suspek mempunyai lima rekod jenayah membabitka­n kes curi kenderaan dan dadah.

“Malah, suspek terbabit adalah individu dikehendak­i berhubung kes curi kenderaan dilaporkan di Sentul, Kuala Lumpur sebelum ini,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri kenderaan.

Seorang daripada suspek mempunyai lima rekod jenayah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia