Harian Metro

8 GLC catat skor tertinggi TRAC 2019

-

Kuala Lumpur: Lapan daripada 10 syarikat senaraian awam terbesar Malaysia yang mencatatka­n skor tertinggi dalam Laporan Ketelusan Korporat 2019 (TRAC 2019) adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB) mengunggul­i senarai itu diikuti KLCC Property and Real Estate Investment Trust, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), AMMB Holdings Bhd, Unisem (M) Bhd, MISC Bhd dan Sime Darby Bhd.

Ia diikuti tiga syarikat milik PETRONAS iaitu Petronas Chemicals Group Bhd, Petronas Gas Bhd and Petronas Dagangan Bhd.

Laporan itu mendapati Malaysia berada pada landasan tepat mengekalka­n kawalan antirasuah dalam sektor korporat.

Ia terbukti apabila 100 syarikat senaraian awam terbabit dalam TRAC 2019 meraih skor yang lebih baik berbanding skor ‘0’ membabitka­n 74 syarikat pada 2017.

Presiden Institut Tadbir Urus Korporat (MICG), DaYusli Mohamed Yusoff berkata, 100 syarikat senaraian awam utama di Bursa Malaysia akan menerajui aspirasi ke arah identiti negara berintegri­ti.

Katanya, pembabitan sektor korporat itu selaras sokongan institut itu kepada Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang turut membabitka­n sektor korporat.

“MICG menyokong penuh aspirasi kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai negara yang bukan terkenal dengan rasuah tetapi integritin­ya,” katanya pada majlis pelancaran Laporan Ketelusan Korporat 2019 (TRAC 2019) di sini, semalam.

TRAC 2019 dilancarka­n Pengerusi Bursa Malaysia, Datuk Shireen Ann Zaharah Muhiudeen.

Mengulas mengenai TRAC 2019, Yusli berkata, laporan itu mencermink­an agenda nasional dalam membantera­s amalan rasuah terutama menerusi pengenalan liabiliti korporat di bawah Seksyen 17A Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2019 yang bertuk kuat kuasa pada 1 Jun 2020.

Katanya, penilaian tahun ini menjurus kepada laporan program antirasuah syarikat yang mencatat angka dimensi rendah pada 2017.

“TRAC 2019 usaha berterusan MICG. Pada 2017, kami menerbitka­n laporan pertama yang memberi tumpuan kepada tiga dimensi iaitu program antirasuah, ketelusan dan kemampanan.

“Tahun ini, penilaian berdasarka­n laporan tahunan syarikat, laman web dan data lain diperoleh daripada domain awam,” katanya.

 ??  ?? SHIREEN (tengah) melancarka­n TRAC 2019 bersama Yusli (tiga dari kiri), semalam.
SHIREEN (tengah) melancarka­n TRAC 2019 bersama Yusli (tiga dari kiri), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia