Harian Metro

Bakal lancar DICE

MDEC dalam peringkat akhir perkenal kerangka ekosistem kandungan digital akhir bulan ini

- Oleh Alzahrin Alias bisnes@hmetro.com.my

Dasar Ekosistem Kandungan Digital (DICE) yang bertujuan memperkuku­hkan industri kandungan digital dalam usaha menjadikan Malaysia hab industri pembuatan kandungan digital serantau akan dilancarka­n akhir bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Surina Shukri berkata, dasar itu kini dalam peringkat akhir dan bakal menjadi agenda utama negara memacu pertumbuha­n kandungan digital.

Beliau berkata, industri digital menunjukka­n peningkata­n ketara dan Malaysia mempunyai pelbagai inisiatif dan kepakaran dalam perkara itu.

“Lantaran itu, rangka kerja dasar perlu ada untuk memberikan negara hala tuju dalam 10 tahun akan datang mengenai kandungan digital.

“Kita mahu meningkatk­an ekosistem kandungan digital bagi menjadikan Malaysia mampu mencapai sasaran sebagai hab industri pembuatan kandungan digital serantau,” katanya selepas melancarka­n edisi kelima Level Up KL di sini, semalam.

Surina berkata, MDEC akan memperkena­lkan strategi Ekosistem Kandungan Digital selari usaha mengesahka­n Malaysia sebagai destinasi pilihan dari segi ekosistem pembanguna­n permainan serantau.

Kerajaan, katanya, peka dengan perkembang­an industri digital dan mengumumka­n cadangan

RM20 juta untuk membangunk­an industri e-sukan tempatan dalam Belanjawan 2020 yang lalu.

Dalam majlis berasingan, Sedania Innovator Bhd menerusi syarikat tujuan khas (SPV), Esports Pte Ltd (ESPL) yang terbabit dalam industri e-sukan memeterai dua memorandum persefaham­an dengan Axis Esports Sdn Bhd dan eGG Network.

Pengarah Urusan Sedania, Datuk Azrin Mohd Noor berkata, kerjasama itu bagi Liga Pro e-sukan, pertanding­an e-sukan global dan rangkaian media, ekosistem bersepadu dan terbuka bagi pertanding­an, jenama media, penerbit, pasukan dan pemain yang memberi tumpuan kepada komuniti dan interaktiv­iti digital.

“Ini cabang baharu Sedania dalam industri e-sukan dan kami melihat ia berpotensi untuk berkembang.

“Pendedahan dalam pembanguna­n industri ini akan berlangsun­g dalam jangka masa panjang. Ia fokus pertumbuha­n baharu kami,” katanya.

Pada majlis itu, Media Prima Digital turut mengumumka­n kerjasama dengan syarikat media digital global, Ziff Davis yang juga sebahagian daripada firma senaraian NASDAQ dan J2 Global Inc untuk mengendali­kan IGN Asia Tenggara kepada penggemar hiburan dan permainan digital di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina.

IGN adalah jenama media terkenal di dunia dalam kalangan peminat permainan digital, filem dan hiburan.

Agenda utama negara memacu pertumbuha­n kandungan digital

 ??  ?? SURINA (enam dari kiri, berdiri) selepas melancarka­n Level Up KL 2019 di Bangsar South, semalam.
SURINA (enam dari kiri, berdiri) selepas melancarka­n Level Up KL 2019 di Bangsar South, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia