Harian Metro

Perluas kategori niaga

-

Kuala Lumpur: GrabPay, aplikasi dompet digital (e-wallet) Grab terus memperluas­kan rangkaian peniaga dalam dan luar taliannya di seluruh negara dalam pelbagai kategori perniagaan membabitka­n peniaga seperti Giant, Tesco, Mydin, Watsons, Guardian, Dominos, 99 Speedmart dan Petron.

Pengembang­an rangkaian peniaga membolehka­n pembayaran tanpa tunai melalui GrabPay menjadi lebih meluas dan mudah diakses seluruh negara berbanding hanya lapan bandar yang boleh didapati sebelum ini.

Pengarah Urusan Grabpay Malaysia, Singapura dan Filipina, Ooi Huey Tyng berkata, perluasan itu sebahagian daripada visi Grab bagi memenuhi keperluan harian pengguna di bandar utama dan bandar lain di seluruh negara disamping terus memacu agenda untuk memupuk budaya tanpa tunai di Malaysia.

“Penambahan hampir 3,600 titik sentuhan kepada bilangan peniaga GrabPay yang berkembang pesat adalah bukti kepada komitmen e-wallet untuk menyediaka­n akses kepada pembayaran digital tanpa batasan dan geseran kepada rakyat Malaysia tanpa mengira lokasi,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Sementara itu, GrabPay memperkena­lkan tawaran 11.11 dengan rakan kerjasaman­ya bagi membolehka­n pengguna aplikasi itu melakukan aktiviti membeli-belah sempena permulaan musim beli-belah dalam talian ini.

Bermula 1 hingga 11 November, peniaga dalam dan luar talian terpilih GrabPay akan memberi tawaran dan promosi eksklusif apabila pengguna melakukan pembayaran melalui aplikasi terbabit.

 ??  ?? APLIKASI GrabPay menjadi lebih meluas di seluruh negara.
APLIKASI GrabPay menjadi lebih meluas di seluruh negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia