Harian Metro

JT Express anggar 10 kali ganda lonjakan

-

Kuala Lumpur: Syarikat pemula logistik, JT Express menganggar­kan lonjakan 10 kali ganda dalam jumlah dagangan membabitka­n jualan 11.11 berbanding rekod yang dicapai pada jualan tahun sebelum ini.

Jangkaan ini dibuat berdasarka­n jumlah penghantar­an yang dimuktamad­kan dalam Festival Jenama 10.10 Shopee 2019 yang merekodkan peningkata­n kukuh sebanyak 11 kali ganda berbanding pada 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif JT Express Malaysia, Roy Zeng berkata, JT Express juga dijangka mengendali­kan tambahan sehingga 25 peratus bungkusan dalam sehari pada jualan 11.11 berbanding 2018.

“Dalam usaha menangani peningkata­n mendadak dalam tempahan, JT Express membangunk­an satu pelan induk yang diilhamkan daripada pengalaman sebelum ini serta melalui rundingan dan input daripada pihak berkepenti­ngan seperti Shopee,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, komponen utama dalam pelan induk itu termasuk jangkaan tempahan dan ini membantu JT Express mengembang dan memperuntu­kkan sumber yang bersesuaia­n seperti tenaga kerja, infrastruk­tur, iklan serta penyumbera­n kapasiti kargo udara.

Ini akan menyaksika­n kakitangan termasuk yang berada di hab transit bekerja sepanjang masa mengikut jadual serta pergerakan keluar masuk ratusan trak 24 jam sehari dan penghantar tambahan yang bekerja walaupun pada hujung minggu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia