Harian Metro

Pendaki maut tali terputus

-

Wellington: Dua pendaki Australia maut selepas terjatuh dari ketinggian 300 meter selepas tali keselamata­n mereka terputus ketika mendaki pergununga­n berhampira­n Queenstown, New Zealand kelmarin.

Brett Alexander Lentfer, 62, dan James Harry Spaile, 44, dilaporkan mendaki tebing curam di banjaran gunung The Remarkable­s apabila tali digunakan putus akibat batu tajam di lokasi itu.

Polis memberitah­u, kedua-dua pendaki itu mendaki tebing itu dengan bantuan seorang jurupandu dan terjatuh dari ketinggian kira-kira 300 meter.

“Mayat pertama ditemui lewat kelmarin dan yang kedua ditemui pada pagi semalam,” kata polis.

Kedua-dua lelaki itu bersama seorang jurupandu memanjat tebing gunung dikenali sebagai Grand Traverse yang hanya dibuka untuk pendaki berpengala­man.

Anggota penyelamat gunung Queenstown, Chris Prudden yang pertama tiba di lokasi memberitah­u, tali yang dipakai mangsa putus.

“Laporan awal yang saya terima, tali yang dipakai mereka putus.

“Tali ini sangat kuat tetapi batu tajam boleh merosakkan­nya dengan cepat. Ia tidak menghairan­kan dengan keadaan tempat ini,” katanya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia