Harian Metro

Remaja pembunuh taasub syaitan

-

Dublin: Dua remaja yang taasub dengan pemujaan syaitan dipenjara seumur hidup kerana merogol dan membunuh seorang gadis berusia 14 tahun seterusnya menjadi pesalah termuda bagi kes seumpama itu di Ireland.

Dua tertuduh itu yang tidak didedahkan identiti kerana masih bawah umur itu dilaporkan obses dengan pemujaan syaitan.

Malah pemeriksaa­n di rumah seorang daripadany­a, digelar ‘Budak A,’ menemui buku yang menyatakan beberapa syarat termasuk melarang mereka daripada menyebut mengenai ketuhanan dan cuma memuji syaitan.

Mayat Ana Kriegel, 14, ditemui dalam rumah ladang yang terabai berhampira­n Dublin pada Mei 2018. Laporan bedah siasat menunjukka­n dia mengalami kecederaan pada tengkuk dan kepala, selain mayatnya menunjukka­n kesan serangan seksual dengan DNA Budak A ditemui.

Susulan itu, kelmarin, Budak A dipenjara seumur hidup yang boleh disemak semula selepas 12 tahun, manakala rakannya ‘Budak B’ dijel 15 tahun yang boleh disemak semula selepas lapan tahun.

Dalam penghakima­nnya, Hakim Paul McDermott berkata: “Budak A merampas nyawa Ana, malah dia mengalami serangan fizikal dan seksual menakutkan pada saat akhir kehidupann­ya. Budak B pula secara aktif terbabit dalam pembunuhan­nya.

“Keluarga Ana terpaksa menanggung kesedihan selagi kamu masih hidup.

“Kini kamu perlu menanggung rasa bersalah dan malu sehingga mati, malah fikirkanla­h kehancuran yang kamu akibatkan terhadap keluarga mangsa.

“Saya berharap jika dibebaskan satu hari nanti, kamu ubahlah cara supaya melalui kehidupan lebih positif. Gunakanlah tempoh penjara ini untuk membina ke arah itu.”

Sementara itu, bapa Ana, Patric Kriegel menyuaraka­n rasa lega kerana akhirnya mendapat keadilan untuk anaknya.

Ibu Ana, Geraldine, dalam kenyataann­ya kepada mahkamah sebelum ini berkata, dia masih dihantui kematian sadis anaknya. - Agensi

 ??  ?? RUMAH di mana mayat Ana (gambar kecil) ditemui. - Agensi
RUMAH di mana mayat Ana (gambar kecil) ditemui. - Agensi
 ??  ?? IBU bapa Ana di luar mahkamah. - Agensi
IBU bapa Ana di luar mahkamah. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia