Harian Metro

SWEET CARI WATAK DEWASA

Tidak bermakna peranan remaja kurang mencabar tapi sudah terlalu kerap dijayakan

- Oleh Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Enggan terus dibayangi watak remaja, Sweet Qismina semakin berhatihat­i dan perlu memilih tawaran yang datang.

Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina yang memulakan kerjaya lakonan sejak kanak-kanak berkata, dia perlu meletakkan sasaran supaya kerjayanya lebih berkembang sekali gus mengejar impian menjadi pelakon serba boleh.

“Setiap pelakon mempunyai sasaran dan impian sendiri. Saya juga tidak terkecuali.

Fokus saya kini adalah membawakan watak yang mampu membuatkan orang mahu terus tengok dan diingati.

“Saya perlu tetapkan sasaran yang ingin dicapai. Namun, saya akui, masih ada yang melihat saya sebagai pelakon remaja. Ia tidak menjadi masalah, cuma pada usia sekarang saya perlu mencari watak yang membawa ke alam dewasa,” katanya.

Menurut Sweet, walaupun pada usia 22 tahun, dia masih ditawarkan watak pelajar sekolah, namun tidak semua tawaran diterima.

“Tidak semua tawaran saya kaut sesuka hati.

Ada watak remaja yang terpaksa saya tolak, tetapi keputusan itu hanya dibuat selepas mempertimb­angkan pelbagai faktor termasuk pelakon gandingan.

“Tidak bermakna membawa watak pelajar sekolah atau remaja kurang mencabar, cuma watak itu sudah kerap saya lakonkan. Dalam filem terbaharu, Pusaka saya turut berlakon sebagai gadis lepasan sekolah,” katanya.

Bercerita mengenai filem Pusaka arahan Razaisyam Rashid, penuntut Sarjana Muda Komunikasi Massa itu membawa watak kembar bernama Balqis dan

Qistina yang terkurung dalam sebuah banglo.

Menurut Sweet, walaupun bukan kali pertama berlakon dalam genre seram, filem misteri itu mempunyai cabaran dan pengalaman menakutkan.

“Jujur saya ‘terseksa’ ketika menjayakan Pusaka. Ada satu babak rambut keluar dari mulut tidak menggunaka­n kesan khas, sebaliknya saya terpaksa masukkan gumpalan rambut yang bersalut darah ke dalam mulut.

“Memang meloyakan sehingga tidak mampu makan selepas itu. Bayangkan saya terpaksa menahan gumpalan rambut itu di dalam mulut dan tidak boleh menelan.

“Kemudian, saya perlu tarik keluar sedikit demi sedikit seperti muntah, sebagaiman­a yang dimahukan pengarah. Pengalaman itu cukup manis dan ada babak yang menyeramka­n berlaku,” katanya.

Teruja dengan sambutan filem Pusaka yang sudah mencatat kutipan RM2 juta dalam tempoh empat hari tayangan, Sweet berkata, pencapaian berkenaan adalah hasil usaha dan penat lelah semua pelakon yang membintang­i filem terbitan Astro Shaw itu.

Selain Sweet, filem yang menemui penonton pada 31 Oktober lalu turut membariska­n Syafiq

Kyle, Mimi Lana, Fauziah Ahmad Daud, Aliza Shadan dan Faizal Hussein.

“Kejayaan ini hasil kerja keras semua pihak termasuk kru produksi. Kami sama-sama inginkan hasil yang terbaik dalam filem ini.

“Saya bersyukur menerima maklum balas positif penonton yang rata-rata menyukai jalan cerita dan plot yang tidak disangkaSa­ya sangka. harap lebih ramai penonton akan ke pawagam dan menyokong filem tempatan,” katanya.

Menurut Sweet, watak kembar yang dibawak n turut menuntut ketahanan fizikal dan mental, malah Sweet mengakui, pengorbana­n berulangPe­rak alik ke untuk menyelesai­kan penggambar­an berbaloi apabila diberikan watak m ncabar.

“Tuntutan kuliah memerlukan saya membahagik­an masa dengan betul. Saya rela berulang-alik selepas selesai penggambar­an jika terikat dengan kelas.

“Bagi saya, ia sudah menjadi tanggungja­wab. Saya seronok sepanjang membintang­i filem itu kerana berpeluang menimba ilmu bersama nama besar lain di lokasi penggambar­an,” katanya yang kini belajar di sebuah pusat pengajian

tinggi swasta.

TETAP KAWAN RAPAT

Keakraban Sweet dengan pelakon Adam Lee bukan lagi rahsia apabila masing-masing dilihat berkongsi gambar bersama di Instagram selepas berganding sebagai teraju utama drama bersiri Adam Chempaka tidak lama dulu.

Enggan terlalu mendedahka­n status hubungan cinta mereka, Sweet lebih selesa mengakui dia berkawan rapat dengan jejaka tinggi lampai itu.

“Sejak berlakon bersama menerusi drama Adam Chempaka hubungan kami mula akrab. Saya selesa berkawan dengannya. Selain tiada masalah keluar bersama, kami juga sering berkongsi pandangan mengenai hal berkaitan kerja dan sebagainya.

“Siapa yang tahu itu, tahulah dan mereka yang sebelum ini tidak tahu mungkin sudah maklum status kami.

“Bagi saya, tidak perlu disorokkan kerana sepandaipa­ndai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah juga. Cuma, kalau boleh saya tidak mahu terlalu banyak bercerita mengenai hubungan kami,” katanya.

Tuntutan kuliah memerlukan saya membahagik­an masa dengan betul. Saya rela berulang-alik selepas selesai penggambar­an

jika terikat dengan kelas

SWEET

 ??  ??
 ??  ?? SWEET berkawan rapat dengan
Adam.
SWEET berkawan rapat dengan Adam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia