Harian Metro

‘SAYA TIDAK MAHU MEREKA STEREOTAIP’

Walaupun drama Di Hujung Ranting dibintangi pelakon hebat, Along tetap perlu beri panduan

- Oleh Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Drama Di Hujung Ranting terbitan A Aida Production

Sdn Bhd dikatakan sebuah lagi karya yang bakal mencipta fenomena apabila ditayangka­n di saluran RTM.

Drama adaptasi daripada dua siri novel yang menggunaka­n judul sama itu adalah karya Indah Khairani dan digarap semula oleh penulis skrip terkenal, Wan Mahani Wan Hassan.

Lebih menarik, drama 30 episod itu sekali lagi menyaksika­n kerjasama A Aida Production dengan pengarah berkaliber, Along Kamaludin yang diakui hasil kerjanya mementingk­an kualiti.

Sesuai dengan jalan cerita dan naskhah itu, Along mengakui bertuah apabila dapat bekerjasam­a dengan barisan pelakon yang tahu serta faham kehendak watak masingmasi­ng.

Pelakon terbabit antaranya

Nad Zainal, Amar Asyraf, Shukri Yahaya, Dayang Areeda, Arash Mohamad, Fazlina Ahmad Daud dan Aida Khalida.

“Mudah berlakon dengan mereka, tapi saya perlu ‘guide’ juga supaya tak lebih atau terkurang. Dalam erti kata lain, tak nak mereka tersasar jauh.

“Kadang-kadang kita nampak okey, tapi sebenarnya apabila bercakap mengenai watak, pengarah kena ‘guide’. Kalau boleh, saya tak nak mereka stereotaip. Jadi, di sini peranan saya sebagai pengarah.

“Cuma, apabila bercakap soal bekerja, mereka sangat ‘memberi’. Mereka sudah tahu dan faham kehendak skrip dan watak. Mereka tak menyusahka­n, berdisipli­n dan tidak perlu diajar,” katanya.

Selain mendapat naskhah menarik, Along juga cukup bertuah apabila karya itu bakal ditayangka­n di slot terbaik dan perlu bersaing dengan drama daripada stesen TV lain juga pada slot pilihan ramai.

“Saya berasakan ada kelebihan dan tekanan. Kelebihan apabila cerita ini menarik, skrip bagus dan tak perlu pening untuk diperbetul­kan.

“Pada masa sama, tekanan juga kerana sebelum ini sudah pernah buat cerita bagus, jadi saya kena hasilkan yang lebih bagus. Momentum kerja kena meningkat,” katanya.

Di Hujung Ranting memaparkan konflik perhubunga­n kekeluarga­an dan percintaan apabila Amar (Shukri Yahaya) jatuh cinta pada Mawardah (Nad Zainal), namun dipendam. Abang Amar, Hakim (Amar Asyraf) pula bercerai dengan Fatin (Dayang Areeda).

Semasa dalam idah, ibu Hakim iaitu Datin Fatimah (Fazlina Ahmad Daud) mengahwink­an Hakim dengan Mawardah.

Malangnya, Fatin yang licik, berjaya menggoda Hakim dan mereka rujuk kembali. Akhirnya, Mawardah menjadi isteri kedua yang diabaikan kerana Fatin menjadi dalang penderitaa­n Mawardah.

Hanya Amar yang sentiasa menyokong Mawardah.

RASA BERTUAH

Bagi Amar, bekerjasam­a dengan Along dan berlakon dengan pelakon hebat lain sedikit sebanyak memudahkan proses penggambar­an.

“Sejujurnya, mudah bekerja dengan mereka. Setiap hari semua babak dapat dihabiskan dengan lebih awal. Sebab masing-masing sudah faham watak dan buat kerja rumah. Kiranya, semua profesiona­l dan tak main-main.

“Mungkin itu bezanya bekerja dengan orang lama dan baharu. Sangat ketara,” katanya.

Namun, Amar tetap menerima dengan terbuka teguran dan tunjuk ajar daripada pengarah.

“Abang Along akan terangkan setiap babak iaitu sebelum memulakan penggambar­an. Saya menjangka proses ini akan lambat, tapi tidak sebab semua faham dan

Pada masa sama, tekanan juga kerana sebelum ini sudah pernah buat cerita bagus, jadi saya kena

hasilkan yang lebih baik. Momentum kerja kena meningkat

ALONG

dapat apa yang diinginkan.

“Memang tak banyak ‘take’. Kebanyakan­nya satu ‘take’ saja. Sebab itu dapat balik awal. Kalau sehari buat 20 babak pun, tak pernah sampai lewat malam,” katanya.

Sementara itu, Fazlina berkata, dia mempersiap­kan diri dengan pemahaman watak sebelum memulakan penggambar­an.

“Ini kerjasama kedua dengan Along. Nak berlakon di bawah arahannya senang saja iaitu kena ada persiapan dan faham watak. Tidak kisah orang lama atau baharu, ini perkara yang perlu dititikber­atkan.

“Kalau tak faham juga, jangan malu bertanya. Sebab, pengarah tahu apa yang diinginkan daripada pelakon, jadi kena rajin bertanya.

“Macam saya pun, kalau tak betul, Along akan tegur. Saya tak ada masalah dan okey saja sebab nak berikan yang terbaik,” katanya.

Bagi Arash yang melakonkan watak Datuk Hashim, dia tidak kisah berlakon dengan sesiapa pun.

“Saya okey saja dengan mana-mana pengarah dan pelakon. Apa yang penting, ketika di lokasi kena faham dan fokus dengan watak. Jangan masuk set, tapi ‘blur’ dan tak tahu nak buat apa.

“Ia tak adil buat pelakon lain yang sudah bersedia lebih awal. Bukan nak cakap bagus, tapi saya sudah dididik sejak dulu. Baca skrip dan fahamkan watak serta babak.

“Dalam lakonan, bagus macam mana pun pelakon itu, tapi jika gandingann­ya tidak fokus serta tak tahu buat apa, hasilnya akan mati sebab tidak saling memberi,” katanya.

 ??  ?? PELAKON dan kru drama Di Hujung Ranting.
PELAKON dan kru drama Di Hujung Ranting.
 ??  ??
 ?? FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN ?? ALONG memberikan arahan kepada Arash dan Fazlina.
FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN ALONG memberikan arahan kepada Arash dan Fazlina.
 ??  ?? ANTARA babak dalam drama Di Hujung Ranting.
ANTARA babak dalam drama Di Hujung Ranting.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia