Harian Metro

QIARA MASIH DIINGATI

Kembali aktif melalui single terbaru, Kembali Padaku

- Oleh Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Lagu Hanya Padamu, Yang Kan Terjadi Tetap Terjadi dan Menyesal adalah antara lagu popular kumpulan Qiara ketika tampil dalam industri muzik menerusi album Hanya Padamu pada 1992 diikuti Bayu Asmara setahun selepas itu.

Populariti lagu itu yang sering dimainkan di semua stesen radio tanah air sehingga kini ternyata membakar semangat mereka apabila tampil menghiburk­an peminat dalam persembaha­n An Evening With Qiara di kelab hiburan 11LA @ G

Tower, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Qiara yang kini dianggotai empat pemuzik berpengala­man iaitu Wan Qiara (gitar), Wan Tod (penyanyi), Reza (bass) dan Jon (dram) berjaya memberikan persembaha­n menarik serta menghiburk­an.

Dibantu penyanyi undangan iaitu AJ Mentor Otai, keseluruha­n 22 lagu yang disampaika­n termasuk lagu ‘cover version’ seperti Rindu Bayangan, Mengapa Perpisahan Kau Pinta, Tiada Lagi Aku dan Sejuta Wajah sudah cukup membuktika­n kematangan Qiara sebagai kumpulan ‘otai’.

Ini kali kedua mereka mengadakan persembaha­n bersama anggota terkini dan ia diterima baik peminat.

Wan Qiara yang juga pengasas kumpulan itu berkata, sebelum ini mereka hanya terbabit dalam persembaha­n berskala kecil.

“Sambutan yang diterima pun dikira baik dan ia amat positif sebagai permulaan untuk Qiara membuat kemunculan semula dalam industri muzik.

“Di setiap lokasi persembaha­n, pasti ada peminat hadir dan kami amat menghargai mereka.

Tak ramai yang tahu Qiara kini sudah kembali aktif. Ia perlukan sedikit masa untuk dihebahkan,” katanya.

Qiara yang dulu artis di bawah syarikat rakaman Sony Music kini bergerak sendiri di bawah syarikat Go Qiara Production.

“Kami juga baru tampil dengan single berjudul Kembali Padaku dan memerlukan sedikit masa untuk bangkit semula. Segalagala­nya kami buat sendiri sekarang.

“Orang tahu lagu lama kami, tapi tak sepenuhnya tahu kami sudah kembali aktif. Kami tak mampu nak promosikan single terbaharu tanpa kerjasama pelbagai pihak.

“Keadaan sekarang memang mencabar dan kami perlu memanfaatk­an semuanya seperti medium media sosial untuk

 ??  ?? KUMPULAN Qiara (dari kiri) Reza, Wan Tod, Wan Qiara dan Jon.
KUMPULAN Qiara (dari kiri) Reza, Wan Tod, Wan Qiara dan Jon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia