Harian Metro

Perkukuh peranan JPPH untuk sokong pasaran hartanah

-

Dalam usaha mencari jalan penyelesai­an mengenai keadaan pasaran hartanah, Jabatan Penilaian dan Perkhidmat­an Harta

(JPPH) digesa mencari titik persamaan dengan agensi berkaitan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, tindakan itu dapat memperkuku­hkan peranan JPPH melalui Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) dalam menerbitka­n data yang berkualiti, data semasa dan tepat bagi menyokong pasaran hartanah negara.

“Saya yakin data dan maklumat harta tanah yang diterbitka­n oleh NAPIC adalah menyeluruh dan amat berguna untuk dijadikan indikator dalam merencana pembanguna­n harta tanah negara dan dalam penetapan polisi yang berkaitan dengan harta tanah,” katanya ketika berucap pada Majlis

Apresiasi Pembekal Data NAPIC Lembah Klang di Kajang, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah JPPH, Mohd Khairuddin Abd Halim.

Amiruddin berkata, data yang dibekalkan perlu tepat agar tidak berlaku isu penyebaran data tidak tepat yang boleh memberi isyarat kurang baik kepada penggiat industri.

Beliau berkata, isu semasa seperti hartanah tak terjual, ketidaksep­adanan antara harga dan lokasi, kenaikan harga rumah serta keadaan pasaran hartanah serantau memberi impak yang besar kepada negara.

“Timbul juga komen negatif yang mempersoal­kan ketepatan dan percanggah­an data dengan beberapa agensi lain,” katanya.

Amiruddin menggesa pembekal data untuk terus memberi kerjasama bagi memastikan maklumat hartanah dihantar secara dalam talian kepada NAPIC.

“Bertepatan dengan perkembang­an dunia teknologi semasa dan Internet Benda (IoT), adalah wajar dan lebih mudah bagi data disalurkan melalui Sistem Maklumat Hartanah Malaysia (PRISM),” katanya.

PRISM menyediaka­n maklumat tepat, komprehens­if dan pantas mengenai sektor hartanah Malaysia yang turut menyatakan permintaan dan pembekalan hartanah, laporan pasaran hartanah, dan pelbagai maklumat berkaitan hartanah kepada agensi kerajaan, pemaju hartanah dan pihak yang berminat menerusi Internet.

Terdahulu, sebanyak lapan pembekal data dipilih sebagai pemenang Anugerah Pembekal Data NAPIC Terbaik, antaranya Majlis Perbandara­n Sepang, IOI Properties Group Bhd, Lembaga Tabung Haji dan

GM Klang Sdn Bhd.

Setakat ini terdapat lebih 2,000 pembekal data NAPIC di Lembah Klang yang terdiri daripada agensi kerajaan dan sektor swasta. - Bernama

 ??  ?? PAMERAN hartanah kediaman menjadi antara medium terbaik untuk melihat produk kediaman.
PAMERAN hartanah kediaman menjadi antara medium terbaik untuk melihat produk kediaman.
 ??  ?? AMIRUDDIN
AMIRUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia