Harian Metro

RANCANG KENDURI KAHWIN

Dapatkan bimbingan golongan lebih arif elak jadi mangsa penipuan

- Oleh Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Musim cuti sekolah makin hampir. Ini bermakna musim kenduri kahwin juga kian dekat. Biasanya penghujung November hingga Mac menjadi waktu pilihan ramai pasangan mendirikan rumah tangga.

Mungkin kerana adanya peluang untuk berkumpul seisi keluarga, mudah mengatur perjalanan, peluang bonus atau dividen hasil simpanan pelaburan, jadi penghujung dan awal tahun sering dianggap waktu paling ideal untuk mengatur majlis raja sehari.

Apalagi angka tahun ini dan tahun depan dianggap mempunyai makna dan keunikan tersendiri. Berakhirny­a 2019 sebagai penutup tahun ganjil dan tiba 2020 yang dinantikan ramai pasangan.

Bagi yang sudah membuat tempahan awal, isu dewan, khemah, katering, pelamin, baju, mekap dan jurugambar bukan lagi fokus utama.

Namun bagi yang baru menetapkan tarikh, membuat tempahan saat akhir memerlukan bimbingan golongan lebih arif supaya tidak menjadi mangsa penipuan hingga tersasar daripada peruntukan.

Kata perunding perkahwina­n, Rashidah Rahim, masyarakat Melayu hari ini masih selesa memilih ‘nasi dan lauk pengantin’ untuk hidangan bufet berbanding pilihan juadah Barat.

“Kalau kita tanya pasangan pengantin, kebanyakan mereka memang mengimpika­n majlis perkahwina­n yang gah, tetapi berpadanan dengan peruntukan yang mampu disediakan.

“Tidak kira di dewan atau rumah, nasi minyak dan nasi beriani akan jadi pilihan. Bezanya, sekarang wujud trend mengadakan gerai juadah sampingan.

“Ada yang sediakan apam balik, aiskrim, aiskrim Malaysia, cakoi, pisang goreng, teh tarik, cucur ikan bilis, keropok lekor dan sebagainya,” katanya.

HIDANGAN TRADISI IKUT DAERAH

Tidak dapat lari daripada adat budaya kenegerian, Rashidah berkata, sesetengah pengantin lebih senang memilih makanan tradisi mengikut daerah masing-masing untuk dihidang kepada tetamu.

“Contohnya, kalau majlis orang Johor, keluarga pengantin akan minta nasi ambeng. Di Negeri Sembilan pula selalunya akan dihidangka­n nasi dengan lauk kampung seperti masak lemak cili api.

“Untuk majlis di kampung, kebanyakan­nya akan ikut tradisi lauk kenduri ala kampung.

Ini kerana yang datang adalah penduduk setempat dan orang tua yang sudah terbiasa dengan hidangan harian mereka.

“Tambahan itulah tujuan orang kampung mencanangk­an kenduri. Mereka mahu menjamu makan sampai jiran tetangga kenyang dan pulang ke rumah dengan rasa puas hati.

“Cuma, kalau jemputan orang kampung, anggaran jumlah hidangan perlu dilebihkan. Contohnya, kalau hendak menjemput 1,000 orang, lauk dan nasi perlu dilebihkan untuk 200 orang lagi kerana mereka selesa makan bertambah,” katanya.

Berbeza keadaannya di bandar, kata Rashidah, keluarga pengantin lebih suka memilih nasi minyak menggunaka­n beras basmathi kerana teksturnya yang menyelerak­an dan cepat kenyang.

“Orang sekarang jarang makan berhidang untuk majlis kenduri. Kalau ada pun, cuma sesekali kerana menelan belanja dan kerahan tenaga yang besar,” katanya.

Orang sekarang jarang makan berhidang untuk majlis kenduri. Kalau ada pun, cuma sesekali kerana menelan belanja dan kerahan tenaga yang besar

RASHIDAH

 ??  ?? PILIHAN sajian bufet lebih memudahkan.
PILIHAN sajian bufet lebih memudahkan.
 ??  ?? ADAT makan beradab masih kekal walaupun tiada hidangan berhias.
ADAT makan beradab masih kekal walaupun tiada hidangan berhias.
 ??  ?? HIDANGAN ringkas lauk kenduri pilihan ramai.
HIDANGAN ringkas lauk kenduri pilihan ramai.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia