Harian Metro

BERKEBUN RIADAH KAWAL PENYAKIT

Siti Salamah asah bakat bertani di kebun komuniti selepas bersara

- Oleh Norlaila Hamima Jamaluddin laila@hmetro.com.my

Kala suami sibuk di perpustaka­an kecil di depan rumah, dia pula asyik membelek tanaman subur di

Kebun Komuniti

Desa Impian yang diusahakan bersama jiran di kawasan perumahann­ya.

Bagi Siti Salamah Sarbini, kebun kecil di sebelah rumahnya itu bukan sekadar tempat mengasah bakat bertani tetapi menjadi lokasi pertemuan dengan rakan yang berkongsi minat bagi menghabisk­an masa selepas bersara.

Meskipun kebun komuniti itu kecil saja saiznya, ia sudah menempatka­n lebih 50 jenis tanaman seperti pegaga, kunyit, temulawak, kunyit hitam, kesum, serai wangi, timun, lengkuas, kantan, halia bara, geting, beluntas, terung, kacang telang, bayam Brazil, kacang kelisa, mulberi dan oregano.

Geram melihat terung, bendi dan timun yang mula berbuah. Malah pokok cili yang ditanam dalam pasu kecil juga galak berbuah hingga menarik perhatian ramai.

Di sebelah hujung kebun dibina pergola untuk timun melilit. Memang cantik untuk dijadikan lokasi fotografi.

Semuanya bermula apabila Majlis Bandaraya Shah Alam mahu mengadakan zon bersih dengan menggalakk­an projek pertanian khususnya kebun komuniti.

Bagaimanap­un, bukan mudah untuk Siti Salamah dan rakannya membuka kebun komuniti berkenaan kerana tanah milik sahabatnya itu pada asalnya dipenuhi batu.

Kerja mengorek tanah untuk membuang batu mengambil masa yang agak lama tetapi keinginan untuk mempunyai kebun sayur membuatkan semangat tidak pernah luntur.

“Dari situlah saya mula belajar buat baja kompos menggunaka­n sisa dapur. Seronok apabila kita dapat memanfaatk­an setiap bahan yang ada.

“Sebenarnya saya adalah pesakit buah pinggang kronik yang sudah sampai ke peringkat akhir. Syukur, dengan berkebun secara tidak langsung saya dapat beriadah dan penyakit juga terkawal.

“Saya mahu mencabar diri sendiri dengan melakukan banyak aktiviti. Apabila berada di kebun kecil ini, saya jadi leka sebab selepas bersara baru saya betul-betul ada masa untuk berbudi kepada tanah,” kata bekas kakitangan bank itu.

Siti Salamah berkata, pembukaan kebun komuniti itu bukan sekadar untuk menuai hasilnya, tetapi dia mahu menjadikan ia sebagai lokasi pembelajar­an tidak formal khususnya buat golongan muda.

Setiap tanaman diletakkan papan tanda untuk ditulis tiga nama - nama tempatan, nama saintifik dan panggilan dalam bahasa Inggeris.

“Saya juga mahu mengumpulk­an sebanyak mungkin tumbuhan dalam kumpulan sama. Contohnya di sini kami ada tiga jenis pegaga, tiga jenis kunyit dan dua jenis serai.

“Ramai anak muda zaman sekarang tidak kenal tumbuhan yang sering kita gunakan dalam masakan seharian. Anak saya juga begitu, pernah disuruh ambil daun kunyit, tetapi daun serai yang dibawa ke dapur!,” katanya sambil ketawa.

“Perkara itu menyedarka­n saya untuk melakukan sesuatu bagi memberi pendidikan kepada golongan muda dan ia bermula di kebun mini ini. Syukur, kini ramai anak jiran yang suka datang ke sini untuk membantu menjaga tanaman. Kami juga bekalkan biji benih untuk mereka tanam di rumah,” sambungnya.

Di kebun komuniti itu, diletakkan bangku dan meja kayu yang santai untuk kaum ibu berehat dan berbual. Malah mereka juga berbincang untuk memperbaik­i kebun kecil itu supaya samasama menikmati hasilnya.

“Projek seterusnya ialah kami mahu memperkena­lkan kegunaan tanaman di sini contohnya jenis masakan. Insya-Allah, kalau cukup tenaga kerja, mungkin boleh disenaraik­an resipinya sekali,” katanya.

Sebenarnya saya adalah pesakit buah pinggang kronik yang sudah sampai peringkat akhir. Syukur, dengan berkebun secara tidak langsung saya dapat beriadah dan penyakit juga terkawal

SITI SALAMAH

 ?? FOTO ?? SITI Salamah membelek pokok cili kesayangan­nya.
FOTO SITI Salamah membelek pokok cili kesayangan­nya.
 ??  ?? KEBUN komuniti jadi tempat Siti Salamah ‘beriadah’.
KEBUN komuniti jadi tempat Siti Salamah ‘beriadah’.
 ??  ?? PERGOLA timun yang cantik untuk dijadikan lokasi fotografi.
PERGOLA timun yang cantik untuk dijadikan lokasi fotografi.
 ??  ?? ANTARA tanaman yang sudah mengeluark­an hasil.
ANTARA tanaman yang sudah mengeluark­an hasil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia