Harian Metro

‘Lapar’ trof i

Ashleigh tekad kemudi Australia julang Piala Fed

- AFP

Pemain nombor satu dunia Ashleigh Barty (gambar) menikmati musim yang mengubah haluan kariernya dan ‘terlalu teruja’ untuk menamatkan­nya dengan mengemudi Australia menjulang kejuaraan Piala Fed pertama dalam tempoh 45 tahun.

Juara tujuh kali itu tidak meraih kejayaan pada kejohanan itu sejak hari gemilang Evonne Goolagong pada 1974 dengan pemenang dua kali Perancis sedia menjadi penghalang di gelanggang keras Arena Perth, bermula esok.

Ia menandakan kali terakhir final Piala Fed dilangsung­kan secara format semasa kerana tahun depan 12 negara akan bertanding selama enam hari di Budapest.

Ketika ada peningkata­n ketara dari segi hadiah kemenangan, ia menamatkan aksi di gelanggang sendiri, susulan perubahan sama bagi pertanding­an lelaki Piala Davis.

Ashleigh yang masih segar muncul juara Pusingan Akhir WTA di Shenzhen Ahad lalu, mengetuai pasukan yang menampilka­n pemain nombor 51 dunia, Ajla Tomljanovi­c yang membuat penampilan sulung, pemain veteran Samantha Stosur (96), Astra Sharma (108) dan Priscilla Hon (126).

“Ini minggu yang saya sasarkan sejak awal tahun dan kejayaan menamatkan tahun bermain sebagai satu pasukan buat negara anda sesuatu amat istimewa dan saya sudah lama menanti saat sebegini,” kata Ashleigh.

“Kami semuanya terlalu ‘lapar’ – ia mengambil masa mungkin dua atau tiga tahun buat kami untuk berada di posisi ini dan kini kami perlu mempamerka­n aksi terabik di luar sana.”

Kapten Perancis, Julien

Benneteau pula menaruh kepercayaa­n kepada pasukan menewaskan Romania pada aksi separuh akhir diketuai Kristina Mladenovic yang menduduki ranking ke-40 dunia.

Dia akan dibantu pemain ke-45 dunia, Caroline Garcia, Alize Cornet (60), Fiona Ferro (63) dan Pauline Parmentier (122) dalam misi memburu kejuaraan pertama sejak 2003.

Juara Terbuka Perancis, Ashleigh dan bekas juara Terbuka AS, Samantha beraksi dalam semua aksi perseorang­an dan beregu pada separuh akhir menentang Belarus tetapi Samantha dan kapten, Alicia Molik enggan mengesahka­n sama ada taktik sama akan digunakan.

Australia memegang rekod 5-1 ke atas Perancis walaupun Perancis menang aksi terakhir di antara kedua-dua negara pada 2000 ketika Alicia beraksi bersama pasukan itu.

“Ini minggu yang saya sasarkan sejak awal tahun

Ashleigh Barty

 ??  ?? ASHLEIGH (kanan) dan Caroline Garcia dari Perancis ketika sesi latihan Piala Fed di Perth, Australia.
ASHLEIGH (kanan) dan Caroline Garcia dari Perancis ketika sesi latihan Piala Fed di Perth, Australia.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia