Harian Metro

Heung Min kembali ‘bernyawa’

-

Belgrade: Son Heung Min bangkit daripada trauma hujung minggu dengan menjaringk­an dua gol ketika Tottenham membenam Red Star 4-0 di Belgrade semalam untuk mencerahka­n peluang layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara buat tahun ketiga berturut-turut.

Pemain Korea Selatan itu menangis selepas dibuang padang kerana terjahan menyebabka­n pemain Everton, Andre Gomes mengalami kecederaan buku lali yang teruk Ahad lalu.

Kad merahnya kemudian ditarik balik kerana kecederaan Gomes lebih disebabkan kesilapan pemain tengah Portugal itu ketika terjatuh.

Namun, Heung Min masih memohon maaf selepas dua jaringan babak kedua yang memastikan kemenangan pertama Spurs di laman lawan dalam semua pertanding­an sejak kebangkita­n menakjubka­n menentang Ajax Mei lalu yang membantu mereka ke final Liga Juara-Juara musim lalu.

“Ia beberapa hari yang terlalu sukar, tapi dengan rakan sepasukan saya ada di samping saya berasakan betapa bertuahnya saya,” kata Heung Min kepada BT Sport.

“Saya masih berasa sedih dengan insiden dan situasi itu, tapi saya juga perlu fokus terhadap pasukan. Saya fikir ini jawapan tepat kepada orang yang menyokong saya.”

Giovani Lo Celso turut menjaringk­an gol pertama pada aksi sulungnya dalam kesebelasa­n utama dan Christian Eriksen melengkapk­an nota positif buat anak buah Mauricio Pochettino, yang membelasah Red Star 5-0 di laman sendiri dua minggu lalu.

Tottenham melonjak empat mata di depan Red Star di tangga kedua Kumpulan B dan akan memastikan kemaraan jika mengatasi Olympiakos di laman sendiri pada 26 November ini.

“Kami berpuas hati dengan persembaha­n pasukan,” kata Pochettino.

“Kini kami perlu meneruskan­nya, ia hanya satu perlawanan. Kami mesti menambah tiga mata lagi, tapi ia satu perasaan yang bagus selepas Everton.

“Kami berada di landasan baik dengan persembaha­n yang diharapkan setiap orang.”

 ??  ?? HEUNG Min (kanan) jaring dua gol Spurs.
HEUNG Min (kanan) jaring dua gol Spurs.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia