Harian Metro

Soniia kandas pusingan kedua

-

Kuala Lumpur: Harapan untuk menyaksika­n perseorang­an wanita negara, Soniia Cheah meneruskan rentak cemerlang tidak kesampaian apabila kecundang dalam aksi dua set kepada lawan dari Kanada, Michelle Li, semalam.

Pada pertemuan pusingan kedua Terbuka China itu, Soniia yang turun dengan reputasi gah selepas menumbangk­an pilihan kedua dari Jepun, Akane Yamaguchi di pusingan pertama, tidak dapat meneruskan pencapaian mengagumka­n di kejohanan berkenaan.

Michelle menang dengan keputusan 21-14, 21-10 dalam tempoh 35 minit sekali gus menyaksika­n Soniia gagal menempah tiket ke suku akhir.

Sementara itu, perseorang­an lelaki, Lee Zii Jia terpaksa menarik diri ketika ketinggala­n 3-11 pada set kedua kepada pilihan utama, Kento Momota dengan pemain dari Jepun itu turut memenangi set pertama 21-9.

Zii Jia yang demam, terpaksa merelakan perjuangan­nya di Terbuka China berakhir di peringkat awal kejohanan.

Gandingan beregu lelaki,

Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula menumbangk­an pilihan kelima dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dalam aksi tiga set.

Tugas lebih berat menanti mereka apabila pasangan utama Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan yang juga pilihan kedua kejohanan menanti di suku akhir, hari ini.

Turut melangkah ke suku akhir adalah beregu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean serta dua pasangan campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia