Harian Metro

Amer pencabar baharu F4 SEA

- Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@ hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Karier pelumba go-kart negara, Amer Harris Jefry, 16, semakin cemerlang apabila terpilih mewakili Malaysia dalam perlumbaan Kejuaraan Formula 4 Asia Tenggara (F4 SEA) bagi musim 2018-19 di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC).

Ibunya, Siti Hajar Mohd Rizlan ketika berkongsi kegembiraa­n itu berkata, Amer Harris sangat komited terhadap perlumbaan go-kart sejak kecil lagi.

Katanya, Amer menjadi pelumba profesiona­l pada usia sembilan tahun dan terus berusaha gigih mencapai pelbagai kejayaan termasuk juara keseluruha­n musim 2018 Rotax Asia Max Challenge, sekali gus layak ke Grand Final di Brazil.

“Selepas pulang dari perlumbaan di Perancis dan Itali, kami berusaha memastikan dia dapat terus berlumba. Alhamdulil­lah, baru-baru ini, Peter Thompson

(Promoter Kejuaraan Formula 4 SEA ada berjumpa dengan Amer dan menawarkan tempat di F4 SEA. Beliau mencadangk­an nama Amer untuk penajaan kepada SIC.

“Memang kami lega apabila SIC sedia menaja berdasarka­n prestasi semasanya kerana jika diikutkan, memang kami tidak mampu. Keseluruha­n kos untuk perlumbaan ini hampir RM500,000 jadi Amer amat perlukan penajaan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Untuk rekod, SIC menjadi pembuka tirai gelanggang perlumbaan F4 SEA bermula 7 hingga 8 Julai lalu dan Amer dijangka menyertai dua perlumbaan terakhir kejuaraan pada 23 hingga 25 November sebelum musim 2019 menutup tirainya, 1 dan 2 Disember depan.

Siti Hajar berkata, masalah utama dihadapi anaknya sebelum ini disebabkan tiada penaja sedangkan perlumbaan go-kart memerlukan perbelanja­an besar.

“Memang dia satu-satunya pelumba go-kart yang berlumba atas ihsan pasukan go-kart dan orang ramai. Jadi, setiap masa dia kena menang, jika gagal tidak dapat penajaan. Amer ini pada saya bukan saja harapan kami, dari kecil dia nak berlumba dan tahu ibu bapanya tidak mampu dan berusaha dapatkan penaja.

“Malah, untuk ke final Kejohanan Dunia IAME 2019 di Le Mans, Perancis dan Rotax World Grand Final di Itali sebelum ini, dia sendiri e-melkan surat mohon bantuan daripada Datuk Razlan (Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali),” katanya.

Sementara itu, Siti Hajar berkata, anaknya mempamer semangat juang tinggi apabila bangkit daripada kedudukan ke-33 untuk menduduki tempat kesembilan dalam perlumbaan sukar dengan trek licin di Perancis selepas 14 pusingan.

“Di Itali, dia satu-satunya pelumba Asia yang berlumba dalam kategori senior dan masuk ke pusingan akhir,” katanya.

 ??  ?? AMER pamer kecemerlan­gan dalam sukan go-kart walaupun bergelut dari segi penajaan.
AMER pamer kecemerlan­gan dalam sukan go-kart walaupun bergelut dari segi penajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia