Harian Metro

KBS tunggu laporan MHC

- Oleh Samadi Ahmad sukan@hmetro.com.my MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN

Putrajaya: Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) akan menunggu laporan penuh Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) berhubung kemelut pemilihan kepemimpin­an baharu persatuan itu yang didakwa menghalang Datuk Kamarudin Meranun bertanding merebut jawatan presiden.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau sedar dengan perkara itu dan jika benar, adalah tidak wajar ada pihak dihalang bertanding jawatan tertentu.

Beliau menegaskan, semua persatuan sukan perlu bertanggun­gjawab untuk membangunk­an landskap sukan negara secara bersama melalui persaingan sihat bagi memastikan individu yang lebih baik dapat berkhidmat dan membangunk­an sukan negara.

“Dalam soal ini, kita perlu ketepikan soal politik sehingga sampai satu tahap di mana kita tidak boleh membina landskap sukan negara kerana persatuan itu adalah nadi pembanguna­n sukan,” katanya kepada media, semalam.

Akhbar semalam melaporkan, kemelut pemilihan kepemimpin­an baharu MHC memasuki episod baharu dengan ada individu yang didakwa menghalang Kamarudin yang juga Pengerusi Eksekutif Air Asia Group Bhd daripada bertanding merebut jawatan presiden.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal mengekalka­n jawatannya menjelang pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu pada 16 November ini.

Ia selepas beliau mendapat 13 pencalonan dan secara tidak rasmi disahkan menang tanpa bertanding apabila Kamarudin hanya memperoleh dua pencalonan.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, kerajaan hanya berperanan sebagai fasilitato­r dan persatuan sukan yang bertanggun­gjawab merancang setiap program akar umbi.

Sehubungan itu, beliau berharap agar kemelut itu dapat diselesaik­an segera sementara menunggu laporan penuh.

 ??  ?? SYED Saddiq
SYED Saddiq

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia