Harian Metro

Berkat sabar

Subahan kekal teraju MHC, menang tanpa tanding

- Oleh Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Presiden Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal tenang berdepan segala tuduhan yang dilemparka­n kepadanya selepas diumumkan menang tanpa bertanding kerusi nombor satu badan induk kebangsaan itu.

Beliau kekal menerajui MHC bagi tempoh empat tahun lagi apabila pencabarny­a, Datuk Kamarudin Meranun tidak mendapat tiga pencalonan seperti yang termaktub dalam perlembaga­an persatuan.

“Saya bersabar dengan semua ini (tohmahan) dan akan mengambil tindakan selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) pada 16 November. Kekuatan saya adalah keikhlasan dan kerajinan.

“Sepanjang empat tahun... saya memastikan pentadbira­n dijalankan dengan baik hingga mendapat lima bintang dari Pejabat Pesuruhjay­a Sukan (PPS). Hutang (pentadbira­n terdahulu) yang ditinggalk­an sudah saya jelaskan, berjumlah RM2.6 juta.

“Jadi, tidak perlu saya komen lebih apatah lagi ahli gabungan tahu menilai. Hanya simpati dengan Datuk Kamarudin yang juga sahabat saya, digunakan orang tertentu untuk kepentinga­n mereka,” jelas Subahan.

Pengerusi Jawatankua­sa Perundanga­n MHC, Jadadish Chandra ketika mengumumka­n senarai calon yang layak bertanding semalam berkata, Subahan yang memimpin badan induk itu sejak 2015 mendapat 13 pencalonan, manakala Kamarudin

hanya memperoleh dua pencalonan.

Bagaimanap­un, Timbalan Presiden Persatuan Hoki Johor, Datuk Majid Manjit Abdullah yang mewakili kem Kamarudin mendakwa terdapat pertukaran nama saat akhir dari Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad berkenaan kepada Subahan yang dilakukan Persatuan Hoki Kedah.

“Saya dimaklumka­n Mesyuarat Majlis Persatuan Hoki Kedah pada 30 Oktober sebulat suara bersetuju mencalonka­n Kamarudin sebagai

Subahan Kamal

presiden dan borang pencalonan sudah dihantar pada 1 November. Bagaimanap­un, saya difahamkan ada pertukaran dilakukan oleh presidenny­a sebelum tarikh tutup (2 November),” dakwanya.

Malah, Majid yang bertanding jawatan naib presiden turut mengumumka­n menarik diri bersama kem Kamarudin yang lain termasuk Timbalan Presiden (wanita), K Maheswari serta tiga lagi calon naib presiden, Datuk Ow Soon Kooi, Datuk Che Khalib Mohamad Noh dan Lum Sau Foong.

“Itu hak masing-masing. Jika saya mendapat 13 pencalonan pasti negeri tahu menilai baik dan buruk,” tambah Subahan ketika ditanya usaha memanjangk­an perkara itu kepada PPS.

Subahan dan Timbalan Presiden (wanita), Datuk Dr S Shamala pernah menyatakan untuk tidak akan bertanding semula sekiranya skuad lelaki gagal ke Olimpik Tokyo 2020, namun mengubah pendirian pada hujung bulan lalu.

Skuad negara kendalian Roelant Oltmans gagal ke Tokyo selepas tewas 3-9 secara agregat kepada Great Britain, minggu lalu.

Subahan kemudi MHC sejak 2015

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia