Harian Metro

Sathia sokong wujud dua Harimau Malaya

- Oleh Firdaus Hashim firdaushas­him@ hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Usaha menubuhkan kembali skuad Malaysia A dan B disambut baik bekas anggota skuad yang kini mengendali­kan skuad Selangor, B Sathianath­an yang pernah bersama pasukan utama dari 1978-1982.

Jelas Sathianath­an, kewujudan dua pasukan kebangsaan pada era 1970-an dan 1980-an bukan saja memberi banyak pilihan buat jurulatih untuk memilih yang terbaik untuk dibawa bertanding.

“Dulu kita ramai pemain berkaliber dan wujudkan dua pasukan iaitu Malaysia A dan Malaysia B. Waktu latihan dibuat sekali, tapi tempat latihan saja berbeza.

“Saya ingat lagi, masa saya main untuk Malaysia B, kami berlatih di Kuala Lumpur, manakala Malaysia A di Bukit Fraser. Sudah tentu objektif penubuhan adalah untuk menyokong pasukan utama dalam mana-mana kejohanan antarabang­sa.

“Contoh kalau ada pemain dari skuad A mengalami kecederaan, pemain skuad B akan dipanggil serta merta bagi memperkuat­kan pasukan.

“Jadi, kekuatan pasukan tidak akan terjejas dan sebab itu skuad utama sering meraih keputusan memberangs­angkan,” katanya kepada

Arena Metro.

Semalam, akhbar ini melaporkan bekas pemain kebangsaan, Datuk Santokh Singh berpendapa­t, skuad kebangsaan memerlukan pasukan sokongan bagi memastikan kelangsung­an pemain setiap kali menghadapi perlawanan tertentu.

Santokh berkata, Harimau Malaya perlu mewujudkan pasukan A dan B yang memiliki kekuatan seimbang.

Bagaimanap­un, Sathianath­an menegaskan, kajian terperinci perlu dilakukan terlebih dulu oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana kehendak bola sepak kini jauh berubah.

“Tetapi, saya rasa ia susah kerana sekarang sudah ada sistem ranking FIFA. Kebanyakan negara akan bermain untuk kejar mata ranking dan kalau ada skuad B, maknanya pasukan itu main untuk kejar apa?

“Malah, sekarang pun tak banyak kejohanan jemputan macam dulu. Kalau zaman dulu, pasukan B biasanya akan bermain di kejohanan seperti Kings Cup di Thailand, pertanding­an di Indonesia, Bangladesh dan Pesta Bola Merdeka di Kuala Lumpur.

“Tapi, sekarang pasukan B nak main di kejohanan mana? Takkan hendak berlatih saja. Jika buat perlawanan persahabat­an pun, sudah tentu negara lain hanya nak bermain dengan pasukan A kerana ada mata ranking,” katanya.

“Dulu kita ramai pemain berkaliber dan wujudkan dua pasukan B Sathianath­an

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia