Harian Metro

Skuad B-18 berisiko kehilangan Atiq

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@ hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Skuad Bawah 18 tahun (B-18) negara mungkin terpaksa melupakan khidmat penyerang, Muhammad Muslihuddi­n Atiq Mat Zahid pada perlawanan akan datang apabila pemain berkenaan disahkan mengalami kecederaan serius.

Perkara terbabit disahkan pengendali B-18, Brad Maloney yang melihat kecederaan yang dialami Atiq bakal menyaksika­n pemain itu direhatkan buat sementara waktu.

Beliau berkata, sebelum ini pihaknya terpaksa melupakan khidmat Ahmad Zikri Khalili dan Mukhairi Ajmal yang dikenakan kad merah ketika menentang Kemboja, namun berjaya mengalahka­n Brunei dengan jaringan besar, 11-0 pada perlawanan petang kelmarin.

“Kami akan pantau keadaan Atiq untuk melihat sama ada dia berpeluang beraksi pada perlawanan menentang Kepulauan Utara Mariana, Jumaat ini atau sebaliknya.

“Sudah tentu Atiq amat penting kepada pasukan, namun kami perlu menunggu keputusan ujian daripada pegawai perubatan berkaitan tahap kecederaan­nya,” katanya.

Kemenangan besar ke atas Brunei pasti memberi kelegaan buat Maloney yang mahu anak buahnya muncul juara kumpulan, sekali gus layak secara automatik ke pusingan akhir Kejuaraan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-19 bersama 10 juara kumpulan yang lain.

Selepas ini, skuad muda negara akan bertemu Kepulauan Utara Mariana dan Thailand pada aksi terakhir dua hari kemudian.

 ??  ?? ATIQ (kiri) alami kecederaan serius.
ATIQ (kiri) alami kecederaan serius.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia