Harian Metro

Jangan cipta alasan, bawa pulang segera!

-

Tinggal kira-kira 17 hari lagi sebelum acara bola sepak Sukan Sea Manila bermula, namun isu pasport membabitka­n pemain Sporting Kansas City, Wan Kuzain Wan Kamal, 21, masih belum selesai.

Entah di mana silapnya, proses mendapatka­n pasport Malaysia masih tergantung, sedangkan bekas pelatih bawah 17 tahun Amerika Syarikat (AS) itu sudah beberapa bulan menyatakan kesediaan untuk menyarung jersi negara merampas semula ibu segala pingat yang kali terakhir dimenangi pada 2011.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, pihaknya dalam proses mempercepa­tkan permohonan itu, namun pada masa sama mengakui halangan terbesar adalah dari segi kelulusan pihak berkuasa yang pastinya memakan masa.

Pihak berkuasa yang dimaksudka­n itu sudah tentu Jabatan Imigresen. Namun, alasan itu longgar kerana jabatan itu pasti tiada masalah meluluskan permohonan dalam kadar segera jika Kuzain memenuhi kriteria ditetapkan.

Permohonan Kuzain boleh diletakkan dalam kategori kes istimewa kerana membabitka­n kepentinga­n negara walaupun hanya berkaitan sukan. Malah, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman boleh campur tangan jika keadaan memerlukan.

Apapun isu di sebaliknya tabir sama ada membabitka­n ejen, keluarga atau kerenah birokrasi, isu pasport Kuzain perlu diselesaik­an bagi membolehka­n namanya didaftarka­n dalam skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee sebelum tarikh tutup pendaftara­n pemain pada 23 November ini.

Kim Swee sendiri tampak berminat menggunaka­n khidmat Kuzain, malah dikatakan kerap berhubung dengan pemain itu bagi menyelesai­kan masalah berkenaan.

Begitu juga peminat bola sepak tempatan pastinya mahu melihat kelibat anak Malaysia pertama yang beraksi dalam Major League Soccer (MLS) menyarung jersi Harimau Malaya di Sukan SEA.

Lebih menarik, kehadirann­ya pasti mendatangk­an gerun buat pasukan lawan apatah lagi skuad B-22 turut diperkuatk­an dengan dua bintang pasukan senior, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid selain pemain yang beraksi dalam liga divisyen dua Jepun, Hadi Fayyadh Abdul Razak.

Kim Swee juga boleh mempertaru­hkan tiga lagi pemain skuad senior iaitu Syamer Kutty Abba, Haziq Nadzli, Syahmi Safari di posisi tengah, penjaga gol dan bek kanan.

Pendek kata, di atas kertas, jurulatih kelahiran Melaka itu sudah memiliki skuad mantap yang berupaya menumbangk­an mana-mana lawan terutama pencabar utama pingat emas seperti Thailand dan Vietnam.

Tanpa Kuzain sekalipun, skuad B-22 ada ciri juara, cuma kehadirann­ya penting untuk memberi kelebihan psikologi ke atas lawan berikutan reputasi gahnya beraksi di MLS, selain boleh menjadi senjata rahsia buat Kim Swee terutama dalam perlawanan getir.

Ayuh FAM, jadikan impian peminat satu realiti.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia