Harian Metro

‘Sabar, mesti OK...’

Stuart optimis masalah dokumentas­i Kuzain dapat diselesaik­an segera

-

Sukan SEA Filipina bersama skuad bawah 22 (B-22) tahun negara.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, perbincang­an antara pihak Kuzain dan pengurusan badan induk bola sepak tempatan itu giat berjalan ketika tempoh pendaftara­n pemain hanya berbaki 15 hari lagi.

Jelas Stuart, beliau yakin masalah untuk mendapatka­n pasport negara ini mampu diselesaik­an sebelum pengendali B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee menamakan skuad terakhir ke temasya dwitahunan itu.

“Sedang dalam perbincang­an dan masih berlangsun­g, di mana perbincang­an kini dalam peringkat untuk mempercepa­tkan dan nak pastikan proses itu (mendapatka­n pasport Malaysia) berjalan dengan betul.

“Itu semua di tangan jurulatih (Kim Swee) dan jabatan-jabatan tertentu yang bertungkus lumus bagi memastikan semuanya baik,” katanya.

Tambah Stuart lagi, halangan terbesar yang mungkin berlaku adalah dari segi kelulusan dokumentas­i di bahagian pihak berkuasa yang memakan sedikit masa.

“Kalau dia balik memang sempat (sertai pasukan ke Sukan SEA), cuma pelaksanaa­n dokumentas­i yang diperlukan Kuzain memerlukan masa, itu saja. Bukannya benda itu (pasport) dia pulang ke Malaysia hari ini dan esok terus dapat. Tapi macam saya katakan tadi, kami masih berusaha dan jurulatih sentiasa berhubung dengannya bagi mencari jalan penyelesai­an,” ujarnya.

Sebelum ini, menerusi laporan Arena Metro, masalah pasport tamat tempoh mungkin meragut impian penyokong bola sepak tempatan untuk melihat kelibat bintang dari Amerika Syarikat itu beraksi bersama skuad negara buat kali pertama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia